Khamis, 5 Mei 2011

berlalunya saat getir

assalamualaikum dan salam perjuangan

hari ini hari terakhir perjuangan di dewan peperiksaan untuk musim ini.(semester kedua) boleh dikatakan ia agak getir. seperti yang saya pernah katakan, ini adalah waktu untuk kami (mewakili semua yang terlibat walaupun tidak semua) mengqadakan tidur, buka panggung dan laluan klik dan trafik internet kembali sesak. buku-buku dan nota-nota bakal ku ganti dengan novel-novel dan apa sahaja yang menarik di hati. tidak kurang yang meraikannya kemerdekaan di pusat membeli belah dan parti di mc donald atau kfc (saya lebih suka rfc)

sebelum pulang esok, satu lagi tugas yang memenatkan baka; menanti. mengemas barang dan mengangkut kotak-kotak ke bilik stor. yang janggal bagi saya, di sini bilik stor perlu dibayar. bukan seringgit dua tapi sepuluh ringgit satu kepala. sedangkan kami sudah melunaskan yuran di awal semester dulu. selepas selesai semua ini lengan ini pasti lenguh-lenguh dan bilik ini pasti beraroma minyak angin. selepas itu saya bakal kembali ke kampung halaman. 

tidak sabar rasanya mahu menyertai perniagaan runcit kecil-kecilan yang baru bermula. rindu mahu menatap tenang wajah ayah serta ibu yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran esok. maafkan anakanda kerana hampir terlupa tarikh itu dan selamat hari ibu juga...untuk anak saudara, nisa nantikan kepulanganku dan kita akan berbincang panjang lebar selok belok pengajianmu nanti. tidak sabar rasanya mahu melayan karenah si kembar irfan dan iskandar yang comel dan gelagat manja syazwan yang semakin nakal.

semoga bersua lagi kita di lain kesempatan ( insya allah jika dipanjangkan usia dan dipertemukan kembali) doakan kebaikan untuk semua...