Ahad, 8 November 2015

belajar

pagi semalam saya marah hanya kerana lantai basah tidak berlap. mungkin kerana kemarahan itu bakal merosakkan hubungan kami nanti. tapi...entahlah... sudah terlajak dan tak bisa berpatah balik lagi. sesekali melepaskan yang terbuku terasa puas pula. lega... memang benar kata sahabat, jika tidak terungkap maka tak siapa tahu yang terpendam.

di rumah kecil ini juga saya banyak belajar. belajar hidup berdikari dan belajar erti kebersamaan. belajar membaca pemikiran dari sudut kedewasaan, belajar timbang rasa dan menjadi pemerhati. belajar mengenal dunia dan kerjaya dari pelbagai demensi. belajar menhenal lelaki dan cinta dari pandangan orang berbeza.

seorang begitu dan seorang begini. seorang terlalu outspoken seorang sangat perahsia, saban hari ada saja isu yang dibahaskan. berdebat tentang cinta dan poligami. siasah dan ekonomi, prinsip dan jati diri. usik mengusik dan bergosip itu limpahan yang tiada lagi di rumah saya sendiri, saya jdiregukan dengan lelaki yang saya rasakan tidak mungkin sukakan saya.

Rabu, 2 September 2015

rindu-rinduan

salam penuh kerinduan kepada semua.... ha tengok. kalau saya rindu saya akan mengaku dengan bicara saya dari hati saya sendiri. saya tak suka orang kata saya rindu tu rindu orang ni (depan saya atau kepada orang tu melalui mesej atau panggilan atau secara langsung.) biasanya kenyataan itu dibuat dengan nada menjengkelkan dan tidak sedap didengar walaupun dalam gelak tawa dan bermanis muka...

seperti juga anda. ada perkara yang anda tidak gemar. saya ada cara saya sendiri untuk menzahirkan kerinduan... waimma kepada saudara kandung saya sendiri pun. siapa tahu jauh di sudut hati saya. saya merindui dia. yang tiada penafian selamanya. namun saya tiada peluang lagi untuk melunaskan kerinduan ini di dunia.. (semoga bertemu di alam sana atau di pintu syurga insya allah.)

siapa saya untuk menutup mulut orang dan memusnahkan gelak tawa dan sindir sinis mereka...

Selasa, 1 September 2015

tangisan kerinduan

setiap pertemuan ada perpisahan...itulah lumrah kehidupan. orang lain datang dan pergi dalam hidup aku tapi aku tak pernah rasa kehilangan. walaupun baru sahaja beberapa bulan bersama dengannya (kenal dia melalui seorang kawan juga) tapi kami terpaksa beralah dengan ketentuan. dia pulang ke bumi kenyalangnya kerana cuti belajarnya sudah tamat dan pulang demi berkhitmat untuk anak bangsa.

dia seorang kawan yang sebaya dengan kakak-kakakku. dia punya jiwa keibuan yang prihatin dengan semua makan minum dan sakit pening. dia lembut membelai saat berpimpinan tangan di kala berjalan beriringan.dia punya jiwa yang jujur semasa mengakui pandangan terhadapku sebelum kami kenal dahulu. dia punya hati yang ikhlas tika memberi motivasi dan menyuntik semangat untuk sebuah kehidupan.

bersamanya seketika cuma namun berukhuwah kami selamanya. kenang daku dalam doamu. tak lama tidak mengapa namun suatu masa nanti mungkin bersua. setiap kata dan hikmah bicara akan kemas tersemat dalam diri kami dan air mataku jatuh lagi dan lagi saat membaca kirimanmu lewat pesanan ringkas.

harap 'biarkan indah berlalu' dikhatam seperti aku menghadamnya

Ahad, 9 Ogos 2015

dugaan demi dugaan

salam. ini kisah bulan syawal 1436 h

saya meninggalkan kakak (k cik) yang berpantang di kampung bersama anak kecilnya dan anak sulungnya kerana mungkin jika saya di sana, saya tak mampu berbuat apa-apa. di sini saya menjalani hidup seperti biasa. beberapa hari kemudian saya diberitakan isteri anak buah saya (menantu kakak ngah) menjalani pembedahan kerana menghidap kanser tiroid. saya hanya mendengar luahan kebimbangan dan kepenatan kakak melalui corong telefon.

beberapa hari berikutnya saya dikhabarkan pula dengan berita adik lelaki kami kemalangan. itu bukan masalah bagi saya kerana dia memang cari penyakit. menunggang motosikal dengan tidak berlesen dan berani merentasi sempadan kelantan -terengganu. mungkin ia perkara biasa untuk remaja lelaki berusia belasan tahun namun sedarlah wahai adik, bahawa kamu mengundang bimbang dan resah ayah dan bondamu...

beberapa hari kemudian saya resah seharian di dewan seminar kerana tertinggal telefon di rumah sewa. mahu pulang mengambilnya masa dan keadaan tidak mengizinkan. saya tidak fokus sebenarnya namun saya sedapkan rasa bahawa tiada apa yang terjadi. selesai seminar penulisan journal tidak berlengah untuk pulang dan mencapai teledon sebaik tiba di rumah. tiga panggilan tidak berjawab daripada k.ngah dan beberapa mesej masuk. saya segera mendail. berita tidak baik dari lagi. ayah dan mak kemalangan ketika pulang dari rumah nenek. motosikal ayah dilanggar kereta yang keluar dari simpang. ayah hanya luka-luka kecil. mak tiri saya pun ditusuk lidi tayar motor di kakinya dan dijahit 15 jahitan.

berita paling mengejutkan saya suami sepupu saya meninggalkan di tempat kejadian dalam perjalanan ke tempat kerjanya. berita dari kak ngah mengatakan al-marhum dilanggar treller dan hancur berkecai badannya.

apapun yang kita impikan, allah tetap menduga dan menguji iman kita. kerana kita adalah miliknya.






Isnin, 3 Ogos 2015

lagi dan lagi

sesi meluah rasa. banyak perkara merosakkan hari. dari pagi ke petang. pelbagai pemusnah yang mendatang. pagi dalam kekalutan mahu berkejar ke fakulti berperang dengan kucing yang selalu meminta makanan di rumah kami. selepas diberi makanan, masih lagi tidak mahu keluar dari rumah kami. selepas itu bas yang sepatutnya datang pada waktunya tidak tiba-tiba. kami sabar menanti saban hari

yang merosakkan hari ini adalah ragam kawan yang mengada-ngata sangat. suruh itu arah ini...macam tak boleh buat sendiri. kalau btul2 sakit atau penat tak pelah. ini kerjanya meringkuk je kat rumah tu. dia ingat dia siapa tuan puteri. boleh tolong kalau bila kita mintak tolong dia. dia selalu tolong kita. tapi memang tak la.

saya memang suka tolong orang tapi bila jadi macam ni, rasa dia gunakna kita pulak dan ambik kesempatan atas kita. sampai bila kita nak naikkan lemak dia. makin besar kepala la dia jadinya, kalau kita dah tolong tau berterima kasih dan tau budi bicara tak pe la juga. so  sorry.... last but not least...saya tau saya pun bergantung pada orang jugak dan akan mintak tolong orang. tapi selagi saya boleh buat, saya akan cuba buat sendiri...........

sekian











Khamis, 25 Jun 2015

hiduplah dengan berjemaah

berjemaah....memang seronak buat sesuatu beramai-ramai kan? tak kiralah solat ke beriadah ke...makan berjemaah pun best jugak, tambah berselera...ni nak bercakap sikit pasal sahur...memang sahur penuh dengan berkat tapi kalau sahur sorang, tak berselera walaupun lauknya gempak... tapi kalau sahur ramai-ramai macam kat kampung, lauk biasa-biasa je tapi seronok.  

tinggal bersama kawan-kawan yang muda mudi semuanya sahur tetap terasa keseorangannya. yang sorang bangun minum air je, yang sorang lagi, makan kurma je, yang lain pulak dapat mc, memang tak bangun la kan..tapi yang bagusnya, walaupun mc, tapi tetap terjaga dan kejutkan saya untuk sahur. 

yang bestnya, time berbuka memang meriah giler, makanannya hanya nasi dengan sejenis lauk dan sejenis sayur, air ala kadar dan  kuih asal ada. tapi selagi seorang tak bangun tinggalkan meja hidangan, selagi tu tak bangun-bangun. tapi kalau solat susah bebenor nak berjemaah. tak nak jadi imam la, dan banyak alasan lagi

yang pasti hidup kena berjemaah, kerana kita memerlukan orang lain. cuba bayangkan kalau satu hari sakit demam, tak da orang jenguk kita dan bila kita susah, kita akan rasa malu dan segan nak mintak tolong kawan atau sedara kan?


Selasa, 23 Jun 2015

kerana pulut santan binasa, kerana mulut hati terasa

macam pelik je pepatah tu kan? ya jarang sekala badan dipukul kerana terlanjur kata, tapi tergurisnya kekeping hati tak siapa yang tahu. kata-kata yang baik lebih baik daripada sedekah yang disertaikan dengan 'aza'.

pulut memang sedang digandingkan dengan santan. memang sedang rasanya, waimma pulut durian atau pengat durian. sebut pasal durian, semalam kami direzekikan tiga biji durian.  lalu kami menjamu pulut durian untuk berbuka puasa.

nak dijadikan cerita ada orang tu, pengat durian dipanggil pulut durian. sedangkan hidangan keduanya sangat berbeza. santan, durian dan gula melaka yang dimasakbersama dipanggil pengat durian dan apabila dihidangkan berasingan dan dicampur dalam satu pinggan tanpa dimasak,  ia dipanggil pulut durian. rasanya semua negeri adalah sama. cuma beza gula melaka melaka atau gula pasir.

cerita semalam, kami mengutuk yang seorang itu untuk bergurau seperti selalu. tiba-tiba pulak dia terasa. sentap . dan semua orang diam. tiada suara. sunyi sepi. selama ini dia bercakap huha, huha....orang lain terasa, aku sentap adadia kisah... lagi satu gurauan yang tak didengar, biarlah dibawa angin.... tak perlu diulang lagi dan berkali-kali.

jangan mention si fulan atau fulanah tak boleh bergurau, tak pandai bergurau atau tak sporting...


Khamis, 18 Jun 2015

azam ramadan ku

macam tajuk drama la pulak. tajuk drama tu azam ramadan su. pejam celik pejam celik setahun dah berlalu. tahun ini 1436 h. umur makin bertambah... tahun2 lepas azam yang yang sama juga. macam orang lain jugak la. saya nak khatam al-quran... nak banyak memberi... kalau boleh nak terawih tiap malam. nak buat yang baik-baik je...nak cakap yang baik je... qailulah ambik pahala sunat... nak sahur tiap hari sebab berkat waktu sahur tu tak da pada waktu lain... tahun ni nak bayar fitrah sendiri dan nak bagi duit raya kat anak buah... berjaya berjaya dan kekal hingg ke selepas raya. tahun-tahun mendatang juga.


selamat berpuasa
ramadan karim
تقبل الله منكم صالح الأعمال

Khamis, 21 Mei 2015

diet oh diet

diet untuk sihat itu saya. diet untuk kurus bukan saya. tinggal berenam di rumah sewa dengan pelbagai ragam.. ada yang cakapnya tak serupa bikin. berbuih mulut cakap nak kurangkan makan, tapi makannya sama saja. berpinggan-pinggan. pantang hidang,  kisah semalam saya bukan merajuk cuma selera sudah tertutup walaupun perut berkeroncong.

alkisah, biasanya kami seisi rumah makan lepas maghrib. walaupun saya sebolehnya mahu makan 4 jam sebelum tidur supaya makanan sedia terhadam dan tenaga sudah digunakan. semalam, ketika azan berkumandang, ikan sedang disiang, bawang sedang dipotong. sempat je kalau sekadar goreng2. tapi hidangan semalam gulai lemak.

azan isyak pula, si tukang masak keluar pula ke kedai. saya sudah mengunyah apa yang ada. mereka pulang hampir jam sepuluh dan perut saya sudah beralas. saya masuk untuk tido dan mereka menjamu selera. ada sahaja bicara tidak enak sampai ke telinga. bukan tidak terliur tapi kalau saya jamah juga biasanya saya akan susah tidur. lebih payah lena apabila dengkur sebelah menerjah telinga. 

Rabu, 20 Mei 2015

apa dah jadi

zaman sekarang di ipt. ua adalah tempat orang terdidik yang mendidik tapi sebenranya tidak. saya biasa sahaja melihat guru-guru tidak dihormati. anak gadis makan sambil berdiri padahal ada saja tempat untuk untuk. tanpa segan silu menyuap makanan ringan tanpa hirau pihak atasan yang memerhati.

itu masalah orang muda, orang tua pula walaupun tidak semua ada juga mencarut. bukan melatah tapi berkata kesat dengan sengaja. ia mencemarkan nama bahasa yang dibawa fakulti. jangan diletak orang begini di kaunter. tempat rujukan pula yang menjadi tumpuan pelajar ditutup pada waktu yang sepatutnya ia dibuka.

dalam perjalanan, saya lihat penumpang turun naik bas tanpa sebarang terima kasih. lebih sopan lagi apabila bertemu oorang yang dikenali atau tidak, senyumlah. jangan jalan menonong bagai anda tidak perlukan orang lain. sama-samalah kita berubah. tanpa budi bahasa dan manis bicara,segulung ijazah yang digenggam tidak ke mana. 

Khamis, 14 Mei 2015

harga sebuah sarjana

belajar itu proses sepanjang hayat.  saya terkejut dek kerana disapa seorang wanita yang sudah ada master tetapi ingin mengambil master kedua. bila ditanya mengapa tak sambung phd lalu jawabnya tak mahu bergelar ahli akademik sepenuh masa.

ya memang seronok bila menggenggam sijil walau apa pun namanya. namun harga yang perlu dibayar untuk itu memang memeritkan. bukan sahaja wang ringgit tetapi apa sahaja. masa dan tenaga.  kudrat dan jihad sangat perlu, berjuang dengan malas. berperang dengan penat.

dunia kesarjanaan bukan sekadar buku dan tesis bahkan lebih dari itu. perlu melalui defend dan viva. dihentam herdik itu biasa. kitab dan komputer itu seharusnya menjadi sahabat, perpustakaan itu rumah kedua. berhempas pulas menyiapkan artikel, jurnal dan tesis. berebut waktu lapang untuk bertemu penyelia dan pensyarah yang memang sibuk. rasa tidak berbaloi untuk mencuri waktu emas mereka jika sekadar untuk bercakap sepatah dua.

terdatang tidak puas hati jika berpeluang bertemu tetapi hanya dilayan dengkur dan lenanya. ke mana perginya perhatian yang dituntut waktu mereka mengajar. tunjuklah teladan dan pasti mereka perolehi hormat. di asrama kawan-kawan ketidakprihatinan mereka menjadi umpat keji para pelajar. terkadang segan mahu mengetuk pintu pejabat mereka hanya kerana itu.


Rabu, 22 April 2015

sumbang bakti

gaji pertama... bukan gaji pun..elaun coz duk kat sini buat kerja sendiri... sesekali sahaja tolong ustaz ustazah... gaji- simpan = belanja.. mula of coz la belanja diri sendiri dulu.. dalam ingatan teringin nak bagi duit kat ayah tapi kalua boleh nak bagi cash... tak syok transfer.. tapi tunggu balik kg yang tak tau bila.dek kerana kesibukkan sendiri..sebelum defend tak boleh balik. tambahan pula cuti hanya dua hari sebulan. untuk kakak teringin mahu ringan beban dan untuk anak buah teringin mahu mereka rasa yang mereka punya mak cik yang seorang ini.

belanja kawan makan..yang tu dah selalu merasa dari kawan2. saya lebih suka belikan sesuatu yang kekal di mata mereka. sepasang baju atau sehelai tudung mungkin. barang rumah setakat plastik sampah atau sabun basuh pinggan tak perlu berkira sangat. sebulan sekali tolong isikan minyak kereta yang kami naiki bersama...

tapi itu semua kebendaan.. perbincangan malam tadi kami akan adakan kelas mengaji ada fardu ain atau mungkin kelas bahasa arab kepada anak-anak di kejiranan yang kebanyakannya warga indonesia. rasanya mereka tidak bersekolah kerana mereka berkeliaran di halaman pada hari bekerja. kesian mereka perlukan pembelajaran tapi tuntutan hidup membataskan mereka anak-anak di pemusafiran...

Selasa, 21 April 2015

nilai kebersamaan

ini satu-satu yang manis dalam rumah sewa kami yang kami gelarkan sebagai baituna jannatuna. nilai ini makin hilang di rumah sendiri bersama adik beradik. makan bersama dan berkongsi makanan. saling merasa sedikit seorang. kadang-kadang saya terbiasa dengan tabiat makan sorang2 di rumah membuatkan saya terlupa untuk offer kepada sahabat2 di bj. biasanya mereka yang mendahului saya dan itu membuatkan saya malu. makan di kedai atau di rumah, pinggan kami berjalann mengelilingi jamaah. sanggup berlapar untuk menunggu kawan makan bersama. makan berjamaah. alangkah baiknya kalau solat pun begitu.

dek terbiasa dengan kebersamaan itu, saya naik angin juga. pernah beberapa kali menunggu untuk berjalan bersama ke fakulti kerana dia belum siap lagi. setelah siap, dia berjalan laju tanpa menghiraukan saya yang lama menunggu.  kalau tau nak kena tinggal, baik tak payah tunggu. yang seorang itu lain benar sikap sikapnya. terkurang nilai itu dalam dirinya. yang seorang lagi terlebih pula nilai itu sehinnga saya kerap kali rasa bersalah dan malu dalam diam. yang jelas, sebulan sekali kami sama2 bergotong royong membersihkan bj.

apa pun yang baik itu, saya cuba untuk amalkan. belajar supaya sebati dalam diri. yang tidak baik saya cuba hindarkan dan buang jauh dari nafsi...  semoga istiqamah dengan mahmudah,



Isnin, 13 April 2015

pisang berbuah lagi?

pisang tak berbuah dua kali. itu pepatah orang dulu-dulu untuk kejadian yang tak akan berulang. namun kata new boyz sejarah mungkin berulang. ia akan berulang pada tempat dan suasana yang berbeza, bersama orang lain. situasi berasingan. itulah yang jadi pada saya. pada ukhuwah kami,

kali pertama dulu tak nak cerita. usah dikenang kisah lama. kini... saya tak kisah menunggu lama untuk sebuah bas tidak menunggu penumpangnya. namun saya tidak betah dengan janji melayu. janji jam 10 pagi, satu jam setengah menunggu tak nampak bayang, memang saya bengang. kerana salah faham saya tinggalkan dia. kredit tak ada dan telefon kehabisan bateri.

namun siapa tahu, sepanjang di sana saya tidak enjoy sepenuh hati. gelisah bersembunyi di balik rasa bersalah. dia di sini menangis sambil bercerita ketidakpuasan hati. saya minta maaf dan katanya dia hanya terkilan, pesannya jangan buat lagi. saya pun ada pesan juga. jangan hidup dengan janji melayu itu. tidak ke mana pun. orang tak sanggup menunngu anda berjam. sekali boleh la. berkali-kali jangan.

tak semua orang sabar, dan sabar itu terbatas. (sabar menanti kerana penantian itu satu penyeksaan.) saya tunggu dia satu jam lebih. dia bas setengah jam pun tak tunggu dan sanggup patah balik sambung tidur. wajarkah dia marah saya kalau dia terlepas bas? ini adilkah? wajarkah dia merajuk berpanjangan.  saya tak salahkan dia seratus peratus. saya tahu salah saya juga.





Khamis, 15 Januari 2015

rumah sewa & ragam housemate

salam pertemuan

rumah sewa biasanya didiami oleh orang yang tak mampu memiliki rumah sendiri sama ada rumah pasangan suami isteri atau perantau bekerja di negeri orang, kita kurang juga pelajar yang diberi pilihan untuk menetap di asrama atau menyewa rumah yang dekat dengan kampus. nasib rumah ini biasa sedikit malang berbanding dengan rumah beli kerana ia dijaga acuh tidak acuh oleh penyewa. yang rosak tidak dibaiki, yang hilang tidak berganti. apatah lagi jika penyewa ialah gadis-gadis mahasiswa yang tidak sekaya mana.

lebih-lebih lagi jika ada sikap malas dan saling mengharap dalam diri housemate. memang jelaslah lantai tidak bersapu, sesewang tidak terbuang. berhabuk sana, berdebu sini. sampah berlonggok, kain bertimbun. jemuran berhari-hari di penyidai, pinggan mangguk penuh sinki, nasi berkulat dalam peruik, minyak berulat dalam kuali itu perkara biasa. 

"kau yang buat, aku tak tak nak buat.."
"itu kerja kau, bukan kerja aku..."
yang sorang jaga imej yang sorang geli geliman....
yang sorang makan tidur, yang sorang buat tak tau
yang sorang tak pernah angkut plastik sampah...
yang cuci peti ais orang yang sama, yang sental tandas dialah juga.....

hidup bersama, kena banyak tolenrasi. semua tak besar panjang...tak perlu disuruh diarah... pandai2 bertolong bantu, bukan anak kecil untuk dibebel... ringankan tulang, nak makan berpinggan-pingan buatlah...nak tidur sepanjang siang pun lantaklah....kat rumah sendiri macam tu jugak? kalau kat rumah mertua dah lama kena sumpah...

ingatan untuk diri sendiri...