Khamis, 11 September 2014

tesis atau duit

salam. akhirnya saya kembali ke dunia akademik dengan penuh keterujaan di dada. meninggalkan kampung dengan seribu rasa, saya datang ke kampus dalam keadaan tidak berduit. tekad di hati, mahu menyambung walaupun syaitan membisikkan saya tidak mampu berada di dunia sarjana yang mencabar. melihat teman2  kebuntuan dan mendengan rintahan mereka sedikit sebanyak menggugatkan azam saya. sesekali mendengar motivasi pensyarah2 tatkala bertandang ke kamar ilmu mereka kembali semangat saya.

allah permudahkan urusan saya. teman2 serumah banyak meringankan susah payah saya. rumah sewa tersedia dan segalanya ada. sahabat datang dan pergi, akhirnya saya bakal sendiri ke kuliah saban minggu. ada hikmahnya. kesempitan kewangan boleh menyesakkan sesiapa sahaja. yuran yang langsai dengan ihsan kakak. yang lain di kemudiannya hari, saya serahkan kepada allah yang maha pemberi.

saya belum peroleh kerja yang sesuai dengan saya, namun tanpa sedar saya agak boros berbelanja. berjalan sakan ke hulu ke hulur menuntut wang juga pergi.  belanja makan yang mewah yang menghabiskan hampir 10 ringgit sehari.  permohonan zakat dan dana pendidikan masih dalam proses. aduh... sukarnya untuk hidup di kota raya ini.

doa tidak pernah putus. semoga urusan dipermudahkan dan rezeki dimurahkan. semoga dapat pembantu penyelidik yang bergaji dan mybrain untuk yuran dan geran penyelidikan.. pengalaman pertama mengendali kelas pagi tadi, merealitikan impian dan langkah pertama untuk menghampiri cita-cita.