Sabtu, 25 Februari 2012

ade apa dengan -----

seperti biasa, saya mulakan bicara dengan nama Allah dan lafaz salam...

coretan kali ini mengembalikan ingatan saya kepada ramadhan yang lalu...kisah ini mungkin bermula dengan cuti semester panjang yang membosankan bagiku (bagi anda mungkin menyeronokkan) berada di rumah selama 4 bulan temph masa yang sangat lama(bagi saya). agaknya mungkin juga mereka juga menyampah dengan saya. saya pulang dengan tidak bekerja dan membantu sekadar yang termampu di kedai (walaupun barang jualan tidaklah banyak mana). dua tiga kali dalam seminggu saya diajak oleh angah ke madrasah. mendengar kuliah muslimat di surau kampung dan sesekali singgah bertanya khabar di rumah mak su (adik arwah mak). teruja mendengar anak buah saya melaungkan nama saya ketika menjemputnya bersama angah di taska (semoga jadi anak yang soleh)...singgah bersama angah di kedai membeli lauk untuk dimasak juadah enak air tangan angah. ada pula laksam, lompat tikam habuan untuk saya...semoga allah murahkan rezeki angah....

berbalik kepada cerita asal, saya mungkin tidak serajin yang diimpikan oleh mereka. tetapi ketahuilah saat saya membantu (sama ada berniaga atau ke dapur atau mungkin menyapu sampah) saya melakukannya dengan seikhlas hati.., tanpa perlu disuruh atau diminta...bagi saya apa guna membantu dengan terpaksa...memang diakui saya tidak dapat menandingi adik----... dan agaknya seorang ibu diri tidak boleh berlaku adil di antara anaknya sendiri dengan anak tiri. walaupun ia tidak sekejam emak tiri zaman bawang putih bawang merah dan sezalim kisah cinderela. ada orang yang tidak berada di tempat seperti ini tidak merasai perasaan begini... atau mungkin situasi yang sama tetapi 'orang' yang berbeza... saya tidak berniat untuk mengumpat dan jauh sekali mengaibkan 'sesiapa'.

dia sememangnya baik...menjaga makan dan pakai saya selama berbelas tahun... mengikut kehendak saya ketika menjahitkan saya baju (jahit sulam bunga, poket dan reben segala) namun sekarang baru saya sedar untuk sepasang baju kurung saya harus membayar lebih dari 20 ringgit... menurut kemahuan saya saat saya teringin kuih, bubur atau pengat...namun saya selalu terjerat dengan kata- kata yang saya sendiri selalu ungkapkan "takkan lah hanya kerana kesilapan yang sedikit kita melupakan seribu kebaikan atau mungkin sejuta jasa"(laptop ini dibeli bersamanya dan dia pernah menemani saya berjam2 di klinik gigi... menjadi pendengar setia saya ketika krisis pmr dam berpihak kepada saya waktu ayah memarahi saya satu ketika dahulu)

pun begitu, ade sesuatu yang membuatkan saya sedikit terkilan...dia tersangat cermat sehingga saya jadi jatuh kasihan pada ayah... bayangkan ayah penat bekerja dan yang terhidang cuma ikan goreng tak berkuah walaupun bukan setiap hari... ayah pulang kerja sebelah petang dan mungkin mengharapkan ade sesuatu untuk dijamah...(pernah beberapa kali saya ternampak ayah menggeleng kepala ketika membuka saji di dapur dan saya hanya mampu mengeluh)...mungkin anda yang membaca bertanya mengapa saya tidak menyediakannya....apa??? sedangkan tidak ade ape untuk disediakan walaupun hanya sekampit gandum untuk diadun menjadi jemput2 atau apa sahaja mengikut kemampuan dan kemahiran saya... (kerana saya bukanlah seorang yang pandai memasak)

itu baru bab makan...belum lagi bab pakai dan belanja lain... aayah selalu berkata satu bab sahaja dia boleh dipuji 'bab duit' tak berkira dan tak meminta... (geram sahaja mahu menjawab: memang la patut pun cermat) berapa kali ayah pakai baju baru... kalau ade pun bukan dibeli...sama ade dihadiahkan atau baju lama orang... bab rumah... bab kata angah rumah ayah sama sahaja ade suri atau tidak... jauh beza jika nak dibandingkan dengan waktu arwah mak masih ada lagi...

bersambung..........