Selasa, 4 Februari 2014

kalaulah dulu...

salam...
tengok pada tajuk ni, orang kata tak baik berkalau-kalau... tetapi hakikat perkataan itu selalu terbit di bibir kita saban hari. sedar atau tidak...sebenarnya saya ingin berkisah tentang tentang kesakitan semalam. semalam aneh. luar biasa dari sebelumnya. bukan tidak pernah tetapi semalam hingga menitiskan air mata.

kalaulah dari dulu ia dijaga rapi, pasti ia masih elok. normal seperti lain. bila kekurangan, malu bila disapa orang. ramai yang saya kenal (biasanya arga emas kawan sebaya tidak pula) yang menegur sehingga beberapa orang profesional juga. ketika waktu itu, saya sendiri merasakan air muka saya berubah mendadak.

menjalani rawatan sejak bertahun-tahun, ia tidak juga kunjung selesai. tambahan dek kerana sikap saya yang suka berlengah ia tidak mahu ke hospital sendirian. dari satu hospital ke hospital kecuali klinik swasta kerana tidak punya belanja. bertambah malas kerana kes saya dicampak ke sana dan dibaling ke sini. saya tidak menyalahkan petugas di sana.

dari klinik pergigian kota bharu saya disuruh berjumpa pakar di hospital kota bharu. apabila ke sana, saya i suruh kembali ke klinik biasa, namun ia tergendala dek kerana saya masih belajar dan tidak mahu berulang alik. di kampus saya tidak pernah mendapatkan rawatan kerana takut mengganggu pengajian. waktu cuti saya ke sabah. di sana dibawa pula oleh kakak ke tempat kerjanya sambil mendapat rawatan.

habis belajar, kakak pula pula ke tanah serambi mekah. tercinta. dibawa ke kampus perubatan agar mendapat rawatan percuma dan menjadi bahan kajian pelajar di sini. namun hampir setahun pulang ke sini, baru beberapa kali ke sana dan masih tidak selesai. agaknya berapa lama lagi ya. saya perlu selesaikannya kerana mahu bekerja dan barangkali tidak dirterima di mana-mana jika masih begini...