Jumaat, 2 Mac 2012

ade apa dengan ----- (2)

السلام عليكم

berbalik pada kisah ramadhan tahun lalu... saya tidak tahu apa yang saya rasa...kecewa, sedih, geram, marah, terkilan, segalanya ada...bercampur baur. memang betul kata orang "jangan terlalu mengharap...anda akan kecewa" ya...mungkin harapan saya terlalu tinggi... akan mengharapakan dia menyayangi saya sama seperti anak kandungnya... ternyata tidak...layanan sahaja sudah berbeza.... saya mengharapkan dia seperti angah terhadapnya... angah dalam bab makanan pun mendidik anaknya sama rata...saya teringat sabda nabi s.a.w "berlaku adillah terhadap anak-anakmu" nabi mengulangi lafaz ini sebanyak 3 kali. begitu pentingnya keadilan terhadap anak2 kerana ketidakadilan bisa merentap emosi. jika si adik mendapat segalanya lebih, mungkin itu adalah biasa tetapi seorang anak dibelikan sepasang baju raya sedangkan anak yang berhelai dibelikan berpasang-pasang baju. dan hari raya tahun ini langsung tidak untuk saya. sedangkan saya bertungkus membantu di gerai sepanjang 4 bulan berada di rumah (bukan berniat untuk mengungkit tetapi jika dibandingkan adik yang pemalas maka saya rasakan itu adalah tidak adil sedangkan sumber kewangan tetap sama dari nafkah seorang ayah terhadap anaknya) sudahlah kami (terutamanya saya) hanya merasa baju baru setahun sekali, apabila yang yang satu itu tidak kesamapaian...............cermat yang terlampau atau berkira yanf teramat sehingga seorang kenalan ayah bertandang ke rumah untuk bersedekah sejadah di surau kampung kami (ayah wakilnya) dikatakan meminta sedekah...malunya kami jika si hamba allah yang budiman itu mendengarnya...jika dia pulang dan bercerita pula kepada sesiapa sahaja

ini pula kisah berbuka puasa ramadhan tahun lalu...jika hari-hari biasa kami dihidangkan dengan ikan rebus goreng, ikan kering goreng atau ikan goreng (ini menu biasa di rumah kami...dan pernah jugak tanpa lauk lain...tidak berkuah dan hnaya satu lauk sahaja), namun sesekali dihidangkan dengan udang atau ayam, sudah pastilah keghairah bertandang....maka lauk itu habis tanpa sempat saya dan ayah menjamahnya... saya tidak terkilan kerana lauk itu habis namun saya terkilan dengan sikap mereka... nyata sekali didikan yang berbeza... angah mendidikan anak-anaknya "yang sedikit sama dirasa...atau yang di hadapan ingat orang yang di belakang" ... dan hari itu saya bersuara (setelah bertahun memendam rasa)..."padan muka....lambat"lebih kurang begitu yang lelaki bersuara....dan si ibu berdiam sahaja seolah-olah menyebelahi anaknya...wajarkan didikan sebegitu....

dan keesokannya juadah yang sama dimasakkan dan dihidangkan sama banyak di dalam pinggan masing-masing dan seolah-olah mahu menyindir saya. terdengar si ibu berkata "nanti bising lagi" dan si dua beradik itu menjawab "biar la" si ibu itu membisu lagi...jauh sama sekali memarahi anak-anak itu...tetapi jika saya atau mungkin seorang lagi anak tiri yang menghabiskan makanan pasti ada suara-suara yang tidak enak kedengaran (biarkan makanan itu sememangnya sedikit) dan sepanjang sebulan ramadhan tahun lalu, hanya beberapa kali sahaja saya bersahur. saya bukan merajuk atau mogok kerana saya sendiri tahu tidak ada apa yang bisa memujuk.. saya sebenarnya kasihan pasa ayah yang serba salah. tersepit antara dua isteri dan seorang anak. dan tahun lalu ramadhan kami tawar dan syawal kami hambar... tampa kata tampa bicara jauh sekali gurau senda dan hilai tawa

syawal ke-2 saya terlanjur meninggikan suara (tidak terniat sedetik pun hati) namun mungkin dek kerana terbawa dengan pelbagai rasa yang meraja... dan mereka juga mungkin terkejut dengan tindakan saya itu...sejujurnya saya sehingga hari ini masih diburu rasa...

egoiskah...? saya mengharapkan perubahan tetapi mungkinkah?