Sabtu, 24 Disember 2011

assalamualikum....

sudah lama tidak melakarkan dakwat hitam di ruangan ini. kesibukan di semester ini luar biasa. atau mungkin juga kekacauan di jiwa saya luar biasa. entahlah... mungkin dan mungkin. semester ini bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi...hanya menanti perjuangan di minggu ulang kaji dan di medan peperiksaan. berakhir sahaja kuliah, saya dilanda demam. namun alhamdulillah tidak seteruk demam-demam yang sebelum ini. terima kasih untuk roomate yang begitu mengambil berat. terharu juganya rasanya...
rutin saya seperti biasa...di awal minggu ulangkaji begini saya dan kawan-kawan membuka panggung. citarasa saya masih tidak berubah...drama melayu berlatarkan perkampungan...sawah yang menghijau membawa saya ke desa tercinta dan dimainkan pula oleh watak-watak yang seumpama dekat dengan diri...membawa minda saya kepada ayahanda. kerinduan yang tidak dapat digambarkan. sukar dilafazkan... yang pastinya doanya sentiasa mengiringi... tidak pernah putus...doa dan restu itulah sumber kekuatan saya...

semester ini dihiasi dengan kehadiran dua junior di kamar ini dan melengkapkan 4 orang penghuni. ada senda gurau dan ada gelak tawa di sini. namun air mata masih lagi bergenang di pipi dan sesekali ia mengalir di pipi. namun apabila aku disapa mereka yang prihatin aku menjawab "nothing"...sedangkan aku sendiri sedar...jika tiada angin masakan pokok bergoyang... dan aku tahu mereka yang menyapa tidak puas dengan jawapan nan sepatah itu. tetapi meluahkan kepada mereka juga ibarat membuka pekung di dada.



Khamis, 5 Mei 2011

berlalunya saat getir

assalamualaikum dan salam perjuangan

hari ini hari terakhir perjuangan di dewan peperiksaan untuk musim ini.(semester kedua) boleh dikatakan ia agak getir. seperti yang saya pernah katakan, ini adalah waktu untuk kami (mewakili semua yang terlibat walaupun tidak semua) mengqadakan tidur, buka panggung dan laluan klik dan trafik internet kembali sesak. buku-buku dan nota-nota bakal ku ganti dengan novel-novel dan apa sahaja yang menarik di hati. tidak kurang yang meraikannya kemerdekaan di pusat membeli belah dan parti di mc donald atau kfc (saya lebih suka rfc)

sebelum pulang esok, satu lagi tugas yang memenatkan baka; menanti. mengemas barang dan mengangkut kotak-kotak ke bilik stor. yang janggal bagi saya, di sini bilik stor perlu dibayar. bukan seringgit dua tapi sepuluh ringgit satu kepala. sedangkan kami sudah melunaskan yuran di awal semester dulu. selepas selesai semua ini lengan ini pasti lenguh-lenguh dan bilik ini pasti beraroma minyak angin. selepas itu saya bakal kembali ke kampung halaman. 

tidak sabar rasanya mahu menyertai perniagaan runcit kecil-kecilan yang baru bermula. rindu mahu menatap tenang wajah ayah serta ibu yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran esok. maafkan anakanda kerana hampir terlupa tarikh itu dan selamat hari ibu juga...untuk anak saudara, nisa nantikan kepulanganku dan kita akan berbincang panjang lebar selok belok pengajianmu nanti. tidak sabar rasanya mahu melayan karenah si kembar irfan dan iskandar yang comel dan gelagat manja syazwan yang semakin nakal.

semoga bersua lagi kita di lain kesempatan ( insya allah jika dipanjangkan usia dan dipertemukan kembali) doakan kebaikan untuk semua...

Khamis, 28 April 2011

nak buat apa nanti?

bertemu kembali kita selepas beberapa hari tidak bersua di laman ini

baru saja selesai bertarung di medan pagi tadi ada lagi beberapa hari untuk mempersiapkan diri untuk peperangan yang seterusnya. dan selepas itu boleh pulang melepaskan kerinduan pada ayahanda tercinta, wajah tenang bonda hikayat kakak-kakak, gelagat adik-adik, dan celoteh anak-anak buah yang menghiburkan dan memeningkan kepala (kadang-kadang memenatkan juga) serta kampung halaman yang sedang di kejar arus pembangunan.
tetapi cuti kali ini terlalu lama dirasakan kerana kuliah akan kembali bermula pada september. ya tempoh empat bulan itu memang membosankan bagi yang berkebun anggur. tetapi mahu berkerja...Di mana? kerja ape? menjadi jurujual tidak bergaji di laman sendiri atau menjadi penunggu rumah...pasti bosan kerana yang lain bersekolah di sebelah pagi. tidak mahu lagi menerima sindiran dan bebelan emak... jika aku berkerja nanti kesian pula ayah terpaksa menghantar dan menjemput aku selepas menghantar si bongsu ke sekolah dan bekejar pula ke tempat kerja.

tetapi jika seperti yang lepas-lepas, aku hanya menjadi pengikut setia drama-drama di tv (bil eletrik pun naik melambung) dan pengulit tegar novel-novel (berkurung di kamar) atau sesekali menjadi tetamu tak diundang di rumah kakak-kakak (menghabiskan saki baki makanan dan mendengar hikayat dan melayan karenah anak-anak mereka). namun mana hasilnya?

lalu apa patut aku buat? berkaryakah? sesekali teringin juga tapi...boleh ke? bagaimana nak mula? idea di dalam kotak minda (hasil daripada tabiat suka berangan-angan) ini rasanya sudah matang selepas bertahun melalui tempoh pengeraman. terfikir juga... ada ke syarikat yang nak terbitkan nanti... boleh ke tak aku buat... ayah setuju ke...

Sabtu, 23 April 2011

sakura dan tsunami seorang pelajar

salam ukhuwah dan salam muhibbah

seorang penuntut ilmu pasti mengimpikan kejayaan, tidak kira di sekolah rendah, menengah, mahupun siswa dan siswi di pusat pengajian tinggi. tidak kira mendapat 5A. 8A atau 10A atau mungkin mendapat 4 flat, anugerah dekan atau pelajar terbaik setiap semester. kejayaan ini akan menjadi bunga yang mekar segar apabila mendapat pujian daripada kawan-kawan, hadiah daripada guru-guru, penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak sekolah dan seterusnya menjadi kebanggaan di kalangan ahli keluarga serta memberi kepuasaan di hati ibu bapa...

namun bukan mudah. kerana sememangnya sebuah kejayaan memerlukan semangat juang dan menuntut pengorbanan. mungkin ada yang mengorbankan mimpi indah di malam hari. ada juga menjadikan permainan kegemaran sebagai korban (ada juga yang mengqada, kembali apabila musim laut kesibukan berhenti bergelora nanti) . perjuangan seorang pelajar menempuhi ombak tugasan yang bertimbun dan juga melepasi badai perbentangan yang berderet. dan ketika hujan ujian dan ribut kiuz melanda terpaksa pula berhempas pulas dengan payung-payung nota dan berebut mencari perlindungan fakta... (termasuk juga taufan hafazan, tasmik dan syafawi segala...)

dan kemuncaknya adalah apabila musim gempa minggu ulangkaji dan bala peperiksaan apatah lagi apabila dilihat pada jadualnya yang boleh mendatangkan tsunami di dada. maka ketika inilah baru yang alpa sedar yang yang lena terjaga, waktu inilah seorang pelajar tidur diulit teori makan bersuap ilmi dan main menjadi nafsi-nafsi. waktu- waktu beginilah cafe menjadi sunyi dan bilik menjadi sepi tetapi perpustakaan pula dipenuhi... (wireles pun laju sekali)

tamat sahaja waktu darurat dan laungan merdeka kedengaran, maka bunga-bunga enjoy pun mekar... apatah lagi yang berada di taman semester akhir...saksikanlah musim bunga di pesta konvokesyen dan moga berbuah di kebun amal serta berhasil di dusun kerjaya

salam imtihan...semoga berjaya

Selasa, 19 April 2011

doa senjata mukmin

salam alaik...

apa sahaja suasana, walau di mana pun kita, di atas mahupun di bawah, suka mahupun duka pastikan kita tidak alpa dan tidak lupa bahawa kita adalah hamba. hamba yang tuannya yang maha esa dan maha berkuasa. pada masa kita senang pastikan kita tidak lupa memanjat doa untuk saudara seagama untuk saudara nun jauh di sana supaya manisnya ukhuwah terasa... tangisan mereka tangisan kita...

pada masa kita sukar pula berdoalah mengharapkan kekuatan, ketabahan, dan ketenangan dalam menghadapinya. dugaan, ujian. mohanlah petunjuk mintalah jalan keluar...teringat pula pada kata-kata kawan "berdoalah supaya kita dikuatkan iman bukan berdoa tidak dtimpa dugaan"  lalu pohonlah, merayulah menangislah.....merintihlah hanya kepada allah, allah maha mendengar... allah memberi yang yang terbaik untuk kita dan memberi yang kita perlu bukan yang kita mahu....

jika anda seorang pelajar, mohonlah keberkatan ilmu, kemudahan menerimanya, kesediaan beramal dengannya dan mohonah dipermudahkan segala urusan, berdoalah untuk sahabat dan teman yang sama-sama berjuang bukan untuk diri sendiri sahaja (kejayaan untuk semua muslimin)

raikan sakura dan hadapilah tsunami

salam pertemuan

ketika kita senang, raikanlah ia... bersyukurlah kerana itu adalah nikmat kehidupan. bahagia yang datang jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja... hargailah kerana semua orang mengejarnya. tetapi harus diingatkan...jangan lupa dan jangan lupa daratan. hidup ibarat roda, bukan selalunya kita di atas.

dan apabila musibah melanda, sabarlah menghadapinya... apabila badai menduga tabahlah mengharunginya ... apabila ujian menjelma terimalah dengan hati terbuka ...apabila lautan tenang bergelora, semoga dapat berlapang dada...apabila susah bertamu tiba ingatlah ada hikmahnya... apabila masalah bertimpa-timpa ingatlah penyelesaian ada.

kita tidak sendiri... saat kawan melarikan diri DIA tidak pernah menjauhi, saat teman berlalu berlalu pergi DIA sentiasa di sisi...

wassalam

Isnin, 18 April 2011

kenapa sakura dan mengapa tsunami

salam perkenalan saya hulurkan kepada semua

cemburu melihat semua cerita menarik dikongsi oleh seorang sahabat membuatkan saya teruja untuk memiliki blog sendiri. melihat kepada gambar-gambar menarik dan mengikuti kisah kembaranya sudah cukup mempesonakan... ini kali pertama saya berkongsi dan melakar kalimat di alam maya (selain fb dan ym). saya seorang pelajar yang menuntut terpaksa berkejar menghambat waktu tanpa mengenal penat dan lelah mengejar kita.

menjawab kepada persoalan yang diletakkan sebagai tajuk, semua maklum bahawa sakura adalah nama kepada sejenis spesis bunga sangat cantik. anak gadis seperti saya sememangnya sukakan bunga dan saya percaya semua orang suka akan kecantikan, lalu bunga dan kecantikan itu saya ibaratkan sebagai saat bahagia hidup kita. saya andaikan ia sebagai waktu kita gembira dan masa suka kita (kemewahan yang kita miliki serta kejayaan yang kita kecapi)

tetapi hari-hari yang lalui tidak selalunya cerah. ada kalanya awan mendung berarak dan ada pula masanya hujan membasahi bumi. ada pula ketikanya ribut petir mendatang. lautan biru juga tidak selamanya tenang tiba waktunya ia bergelora, ombak membadai dan silap-silap hari bulan tsunami yang mengganas. begitulah juga hidup. diuji dan diduga. masalah datang dan pergi. bak kata orang hidup bagai roda . sekejab di atas dan sekejab di bawah.

sekian dulu buat kali ini. doakan kebaikan untuk semua dan semoga alam maya ini menjadi medan dakwah dan wadah ilmu ...

kenapa sakura dan mengapa tsunami

salam perkenalan saya hulurkan kepada semua

cemburu melihat semua cerita menarik dikongsi oleh seorang sahabat membuatkan saya teruja untuk memiliki blog sendiri. melihat kepada gambar-gambar menarik dan mengikuti kisah kembaranya sudah cukup mempesonakan... ini kali pertama saya berkongsi dan melakar kalimat di alam maya (selain fb dan ym). saya seorang pelajar yang menuntut terpaksa berkejar menghambat waktu tanpa mengenal penat dan lelah mengejar kita.

menjawab kepada persoalan yang diletakkan sebagai tajuk, semua maklum bahawa sakura adalah nama kepada sejenis spesis bunga sangat cantik. anak gadis seperti saya sememangnya sukakan bunga dan saya percaya semua orang suka akan kecantikan, lalu bunga dan kecantikan itu saya ibaratkan sebagai saat bahagia hidup kita. saya andaikan ia sebagai waktu kita gembira dan masa suka kita (kemewahan yang kita miliki serta kejayaan yang kita kecapi)

tetapi hari-hari yang lalui tidak selalunya cerah. ada kalanya awan mendung berarak dan ada pula masanya hujan membasahi bumi. ada pula ketikanya ribut petir mendatang. lautan biru juga tidak selamanya tenang tiba waktunya ia bergelora, ombak membadai dan silap-silap hari bulan tsunami yang mengganas. begitulah juga hidup. diuji dan diduga. masalah datang dan pergi. bak kata orang hidup bagai roda . sekejab di atas dan sekejab di bawah.

sekian dulu buat kali ini. doakan kebaikan untuk semua dan semoga alam maya ini menjadi medan dakwah dan wadah ilmu ...