Khamis, 21 Mei 2015

diet oh diet

diet untuk sihat itu saya. diet untuk kurus bukan saya. tinggal berenam di rumah sewa dengan pelbagai ragam.. ada yang cakapnya tak serupa bikin. berbuih mulut cakap nak kurangkan makan, tapi makannya sama saja. berpinggan-pinggan. pantang hidang,  kisah semalam saya bukan merajuk cuma selera sudah tertutup walaupun perut berkeroncong.

alkisah, biasanya kami seisi rumah makan lepas maghrib. walaupun saya sebolehnya mahu makan 4 jam sebelum tidur supaya makanan sedia terhadam dan tenaga sudah digunakan. semalam, ketika azan berkumandang, ikan sedang disiang, bawang sedang dipotong. sempat je kalau sekadar goreng2. tapi hidangan semalam gulai lemak.

azan isyak pula, si tukang masak keluar pula ke kedai. saya sudah mengunyah apa yang ada. mereka pulang hampir jam sepuluh dan perut saya sudah beralas. saya masuk untuk tido dan mereka menjamu selera. ada sahaja bicara tidak enak sampai ke telinga. bukan tidak terliur tapi kalau saya jamah juga biasanya saya akan susah tidur. lebih payah lena apabila dengkur sebelah menerjah telinga. 

Rabu, 20 Mei 2015

apa dah jadi

zaman sekarang di ipt. ua adalah tempat orang terdidik yang mendidik tapi sebenranya tidak. saya biasa sahaja melihat guru-guru tidak dihormati. anak gadis makan sambil berdiri padahal ada saja tempat untuk untuk. tanpa segan silu menyuap makanan ringan tanpa hirau pihak atasan yang memerhati.

itu masalah orang muda, orang tua pula walaupun tidak semua ada juga mencarut. bukan melatah tapi berkata kesat dengan sengaja. ia mencemarkan nama bahasa yang dibawa fakulti. jangan diletak orang begini di kaunter. tempat rujukan pula yang menjadi tumpuan pelajar ditutup pada waktu yang sepatutnya ia dibuka.

dalam perjalanan, saya lihat penumpang turun naik bas tanpa sebarang terima kasih. lebih sopan lagi apabila bertemu oorang yang dikenali atau tidak, senyumlah. jangan jalan menonong bagai anda tidak perlukan orang lain. sama-samalah kita berubah. tanpa budi bahasa dan manis bicara,segulung ijazah yang digenggam tidak ke mana. 

Khamis, 14 Mei 2015

harga sebuah sarjana

belajar itu proses sepanjang hayat.  saya terkejut dek kerana disapa seorang wanita yang sudah ada master tetapi ingin mengambil master kedua. bila ditanya mengapa tak sambung phd lalu jawabnya tak mahu bergelar ahli akademik sepenuh masa.

ya memang seronok bila menggenggam sijil walau apa pun namanya. namun harga yang perlu dibayar untuk itu memang memeritkan. bukan sahaja wang ringgit tetapi apa sahaja. masa dan tenaga.  kudrat dan jihad sangat perlu, berjuang dengan malas. berperang dengan penat.

dunia kesarjanaan bukan sekadar buku dan tesis bahkan lebih dari itu. perlu melalui defend dan viva. dihentam herdik itu biasa. kitab dan komputer itu seharusnya menjadi sahabat, perpustakaan itu rumah kedua. berhempas pulas menyiapkan artikel, jurnal dan tesis. berebut waktu lapang untuk bertemu penyelia dan pensyarah yang memang sibuk. rasa tidak berbaloi untuk mencuri waktu emas mereka jika sekadar untuk bercakap sepatah dua.

terdatang tidak puas hati jika berpeluang bertemu tetapi hanya dilayan dengkur dan lenanya. ke mana perginya perhatian yang dituntut waktu mereka mengajar. tunjuklah teladan dan pasti mereka perolehi hormat. di asrama kawan-kawan ketidakprihatinan mereka menjadi umpat keji para pelajar. terkadang segan mahu mengetuk pintu pejabat mereka hanya kerana itu.