Sabtu, 5 Julai 2014

sesi meluah rasa

assalamualaikum dan selamat pagi...
sekarang jam 7 pagi dan bertarikh 8 ramadhan... ya hari masih pagi tapi mood saya sudah musnah. saya bengang. orang puasa tidak marah-marah dan mengumpat. tapi saya hanya mahu meluahkan rasa kepada laman yang setia ini.

saya bengang dengan apa? dengan siapa? si pembantu rumah yang baru semingggu berkhidmat di rumah ini. rumah kakak yang saya tumpang berteduh. apa ceritanya? ya, memang bukan saya bayar gajinya...tapi....

hari pertama dia datang, dia sudah suruh saya buat itu dan ini, demi memikirkan dia adalah tetamu di rumah ini saya melayan dia baik hingga ke hari ketiga. dengan niat mahu meringankan tugasnya, saya turuti sahaja arahannya. sebagai tuan rumah apa yang anda rasa jika orang gaji anda memerintah anda. bahasa yang dia gunakan bukanlah "mintak tolong... atau tolong..."

bimbang dia berterusan begitu dan tidak mahu dia besar kepala atau pijak kepala majikannya sendiri selepas tiga hari saya menjawab."buatlah...itu kan memang kerja awak."tapi mulutnya boleh tahan jugak bab jawab menjawab.
sebarang kerja saya mengambil pendekatan begini, sebelum kakak saya yang saya, lebih baik saya saya.... lebih baik saya yang menegur daripada kakak yang menegur...bimbang kakak kata saya tidak monitor tugasnya. tapi setiap kali saya tegur dia pula menjawab. tiap kali saya suruh...saya disuruhnya pula...

ikut kepala sendiri dan yang paling tidak tahan dia menunding salah pada saya...
alkisah: juadah berbuka hari tu nasi goreng. sedang saya potong sayur dia datang dan dengan bongkak berkata. bukan macam tu...ish tak pandai langsung..."okay memang saya tidak pakar bab masak memasak. kalau saya boleh masak yang sedap-sedang pada selera tuan rumah maka tidak perlu lagi dibayar gaji 700 sebulan kepada si mulut laser itu.

lantas saya serahkan tugas menggoreng kepadanya. "awak kan pandai..." sindir saya sinis. sudah beberapa kali pesan saya "cili boh tu pedas. tak payah letak banyak, satu sudu dah cukup." dan dia sendiri tahu di rumah ini ada anak kecil yang tidak boleh makan pedas. saya masih berdiri memerhati cara orang pandai masak.. "satu sudah setengahlah" saya hanya berdiam.. kalau ditegah saya tidak menang juga. selepas dimasukkan ayam... tumisan menjadi kering lalu katanya "tambah sikit lagi lah." katanya.  merahnya nasi dan pasti rasanya hangat...

setelah masak, big bos menjengah dapur dan bertanya: "kenapa macam ni?" saya hanya menunding jari. bila tiba waktu santapan saya bertambah sentap... "letak berapa sudu cili kisar?" madam bertanya. laju sahaja dia menjawab "dia suruh letak dua sudu." terkejut beruk dibuatnya. saya juga disalahkan. dan pasti mem besar fikir saya yang berbohong tadi.

dan hari-hari berikutnya saya mengambil keputusan untuk tidak berada di dapur. saya lebih senang buat kerja di halaman rumah seorang diri. dan semalam dia bertanya: nak masak apa esok? saya jawab: tanya bos awak lah, saya telur goreng ok. saya beritahu selera saya bukan suruh atau arah. than beberapa jam kemudian puan majikan berkata: esok goreng ayam....sebelum tidur saya ditanya lagi : esok goreng telur ke ayam. "ayam lah." banyak pulak songehnya. lambat lah...kena letak garam kunyit awal2 lah...pagi tadi kami bersahur dengan hanya telur mata kerbau. kalau puan doktor tanya mana ayam goreng jangan cakap saya suruh goreng telur ya. kalau setakat nak buat tu aku pun boleh tak payah gaji kau.


sabar je lah. ingat puasa..