Khamis, 15 November 2012

kisah di perjalanan 2

السلام عليكم

ini pula kisah permusafiran saya dari kampus serdang ke tanah kelahiran. jika kawan-kawan pulang ke desa dengan bas saya pula le mengutamakan kereta api. kata mereka lambat saya punya alasan sendiri. 12 jam seharian perjalanan memang lama jika dibandingkan dengan 8 jam menaiki bas.

jika saya pulang dengan kereta sampai terus di wakaf bharu dan ayah boleh mengambil sendiri boleh mengambil anak kesayangan ini di stesen. tap kalau turun bas di kota bharu, ayah sudah tidak berani lagi masuk bandar dengan motor hondanya. maka terpaksalah membebankan abang ipar di subuh hari. (kan bagus kalau ade bas express ke wakaf bharu)

dari upm pula kalau naik bas, untuk beli tiket saya perlu ke hentian putra atau ke hentian kajang. untuk ke sana perlukan teksi atau komuter dari ktm serdang. tiket kereta api pula ade dijual di ktm serdang. naik sahaja bas upm ke ktm...

pada hari nak balik pula, hanya dengan komuter dan dari serdang ke kajang sahaja(satu stesen je)...tidak perlu angkut barang berat-berat ke putra atau hentian bas kajang...dulu saya pernah pulang dengan bas catar dari upm terus ke kota bharu...memang mahal sikit tapi berbaloi sebab keluar beli tiket dan keluar pada hari nak balik pun berduit juga

tapi saya serik...padahal pada waktu itu saya tidak terlibat pun...pernah sekali bas buat hal... roommate junior saya bercerita "tiket pukul 9malam...delay punya delay sampai pukul 5 pagi bas baru sampai...lagi teruk sebuah bas lagi sampai pukul 1 tengah hari..." kesian ... saya boleh bayang bagaimana keadaan dan rasa hati mereka...kalau saya di tempat mereka pun saya tertekan

inilah kisah yang saya nak luahkan...pada akhir ramadhan saya bersama kakak tercinta ke stesen wakaf bharu, beli tiket untuk ke upm...semester bakal bermula selepas raya nanti. dan di kaunter saya ditanya "nak duduk sebelah sape?" "tak kisah tapi yang penting perempuan" jawab saya. "lelaki tak nak? mat salleh ni...pemain bola???" saya mengeleng...'ade aku kisah...tak heran langsung'.... sebelum meninggalkan kaunter saya berbisik pada kakak di sebelah ..."bagi la imam ke... ustaz ke"

dan pada tarikh berkenaan...saya bersiap seperti biasa...seperti biasa juga ayah menghantar saya dan selalunya kak ngah, suami dan anak bongsunya juga menghantar saya, pada hari itu mereka kelewatan dan tak dapat menyeberangi jalan kerana gate sudah ditutup...tetapi kami masih boleh melihat dan melambai antara satu sama lain. kereta api memulakan pergerakannya dan saya begitu asyik melambai ke arah mereka di kanan. dan apabila menoleh ke kiri ayah sudah tiada...maaf ya ayah...kerana tidak melambai ayah...(ayah mungkin berkecil hati)

sampai di stesen pasir mas, seseorang duduk sebelah saya....lelaki :( melayu :)dia menegur... saya menjawab... kami bersembang. katanya nak turun di temerloh dan saya mula berkira-kira pukul berapa dia bakal meninggalkan kerusi sebelah saya...seperti biasa juga saya cuma tidur2 ayam jika dalam perjalanan sama ade siang atau malam...

saya mengerling jam di tangan...2 pagi...dia masih di sebelah. tiba-tiba dia menghulurkan handsetnya 'dekat sikit...sejuk' tertera di text mesej. saya mula rasa tidak sedap hati...saya bergerak, menjauh...tiba2 saya rasa sesuatu di paha... tangannya...saya menolak dan bertempik.. dan segala sumpah seranah keluar dari mulut...binatang, syaitan, gila, benggong, saya marah, kecewa, sedih, segala rasa menjerut hati

saya berusaha membuatkan dia meninggalkan tempat duduk ini...berbekalkan telefon di tangan saya pasangkan alunan zikir yang tersimpan di dalamnya...dan dia bangkit dan pergi....hati ini tidak putus2 membebel 'kata ustaz...nak gi jordan la...kesian bini kat rumah' dan saya mengambil iktibar gelaran dan kareer langsung tidak membentuk sahsiah diri... semoga allah memberi keinsafan...

perjalanan yang sememangnya lama ini dirasakan semakin lama dan bertambah lama... hari sudah cerah tetapi masih di hutan belantara... biasanya singgah di gemas cuma sekejab tetapi kali hampir sejam...apalah yang tidak kena selalunya jam 6 pagi sudah melepasi gemas dan sekarang sudah 9 pagi baru sampai gemas...aku mula berkira-kira"pukul berapa lah nak sampai upm...selalu dah sampai"

aku berjaya menamatkan perjalanan yang panjang ini pada jam 12 tengah hari...