Khamis, 11 September 2014

tesis atau duit

salam. akhirnya saya kembali ke dunia akademik dengan penuh keterujaan di dada. meninggalkan kampung dengan seribu rasa, saya datang ke kampus dalam keadaan tidak berduit. tekad di hati, mahu menyambung walaupun syaitan membisikkan saya tidak mampu berada di dunia sarjana yang mencabar. melihat teman2  kebuntuan dan mendengan rintahan mereka sedikit sebanyak menggugatkan azam saya. sesekali mendengar motivasi pensyarah2 tatkala bertandang ke kamar ilmu mereka kembali semangat saya.

allah permudahkan urusan saya. teman2 serumah banyak meringankan susah payah saya. rumah sewa tersedia dan segalanya ada. sahabat datang dan pergi, akhirnya saya bakal sendiri ke kuliah saban minggu. ada hikmahnya. kesempitan kewangan boleh menyesakkan sesiapa sahaja. yuran yang langsai dengan ihsan kakak. yang lain di kemudiannya hari, saya serahkan kepada allah yang maha pemberi.

saya belum peroleh kerja yang sesuai dengan saya, namun tanpa sedar saya agak boros berbelanja. berjalan sakan ke hulu ke hulur menuntut wang juga pergi.  belanja makan yang mewah yang menghabiskan hampir 10 ringgit sehari.  permohonan zakat dan dana pendidikan masih dalam proses. aduh... sukarnya untuk hidup di kota raya ini.

doa tidak pernah putus. semoga urusan dipermudahkan dan rezeki dimurahkan. semoga dapat pembantu penyelidik yang bergaji dan mybrain untuk yuran dan geran penyelidikan.. pengalaman pertama mengendali kelas pagi tadi, merealitikan impian dan langkah pertama untuk menghampiri cita-cita.

Sabtu, 5 Julai 2014

sesi meluah rasa

assalamualaikum dan selamat pagi...
sekarang jam 7 pagi dan bertarikh 8 ramadhan... ya hari masih pagi tapi mood saya sudah musnah. saya bengang. orang puasa tidak marah-marah dan mengumpat. tapi saya hanya mahu meluahkan rasa kepada laman yang setia ini.

saya bengang dengan apa? dengan siapa? si pembantu rumah yang baru semingggu berkhidmat di rumah ini. rumah kakak yang saya tumpang berteduh. apa ceritanya? ya, memang bukan saya bayar gajinya...tapi....

hari pertama dia datang, dia sudah suruh saya buat itu dan ini, demi memikirkan dia adalah tetamu di rumah ini saya melayan dia baik hingga ke hari ketiga. dengan niat mahu meringankan tugasnya, saya turuti sahaja arahannya. sebagai tuan rumah apa yang anda rasa jika orang gaji anda memerintah anda. bahasa yang dia gunakan bukanlah "mintak tolong... atau tolong..."

bimbang dia berterusan begitu dan tidak mahu dia besar kepala atau pijak kepala majikannya sendiri selepas tiga hari saya menjawab."buatlah...itu kan memang kerja awak."tapi mulutnya boleh tahan jugak bab jawab menjawab.
sebarang kerja saya mengambil pendekatan begini, sebelum kakak saya yang saya, lebih baik saya saya.... lebih baik saya yang menegur daripada kakak yang menegur...bimbang kakak kata saya tidak monitor tugasnya. tapi setiap kali saya tegur dia pula menjawab. tiap kali saya suruh...saya disuruhnya pula...

ikut kepala sendiri dan yang paling tidak tahan dia menunding salah pada saya...
alkisah: juadah berbuka hari tu nasi goreng. sedang saya potong sayur dia datang dan dengan bongkak berkata. bukan macam tu...ish tak pandai langsung..."okay memang saya tidak pakar bab masak memasak. kalau saya boleh masak yang sedap-sedang pada selera tuan rumah maka tidak perlu lagi dibayar gaji 700 sebulan kepada si mulut laser itu.

lantas saya serahkan tugas menggoreng kepadanya. "awak kan pandai..." sindir saya sinis. sudah beberapa kali pesan saya "cili boh tu pedas. tak payah letak banyak, satu sudu dah cukup." dan dia sendiri tahu di rumah ini ada anak kecil yang tidak boleh makan pedas. saya masih berdiri memerhati cara orang pandai masak.. "satu sudah setengahlah" saya hanya berdiam.. kalau ditegah saya tidak menang juga. selepas dimasukkan ayam... tumisan menjadi kering lalu katanya "tambah sikit lagi lah." katanya.  merahnya nasi dan pasti rasanya hangat...

setelah masak, big bos menjengah dapur dan bertanya: "kenapa macam ni?" saya hanya menunding jari. bila tiba waktu santapan saya bertambah sentap... "letak berapa sudu cili kisar?" madam bertanya. laju sahaja dia menjawab "dia suruh letak dua sudu." terkejut beruk dibuatnya. saya juga disalahkan. dan pasti mem besar fikir saya yang berbohong tadi.

dan hari-hari berikutnya saya mengambil keputusan untuk tidak berada di dapur. saya lebih senang buat kerja di halaman rumah seorang diri. dan semalam dia bertanya: nak masak apa esok? saya jawab: tanya bos awak lah, saya telur goreng ok. saya beritahu selera saya bukan suruh atau arah. than beberapa jam kemudian puan majikan berkata: esok goreng ayam....sebelum tidur saya ditanya lagi : esok goreng telur ke ayam. "ayam lah." banyak pulak songehnya. lambat lah...kena letak garam kunyit awal2 lah...pagi tadi kami bersahur dengan hanya telur mata kerbau. kalau puan doktor tanya mana ayam goreng jangan cakap saya suruh goreng telur ya. kalau setakat nak buat tu aku pun boleh tak payah gaji kau.


sabar je lah. ingat puasa..





 





Selasa, 4 Februari 2014

kalaulah dulu...

salam...
tengok pada tajuk ni, orang kata tak baik berkalau-kalau... tetapi hakikat perkataan itu selalu terbit di bibir kita saban hari. sedar atau tidak...sebenarnya saya ingin berkisah tentang tentang kesakitan semalam. semalam aneh. luar biasa dari sebelumnya. bukan tidak pernah tetapi semalam hingga menitiskan air mata.

kalaulah dari dulu ia dijaga rapi, pasti ia masih elok. normal seperti lain. bila kekurangan, malu bila disapa orang. ramai yang saya kenal (biasanya arga emas kawan sebaya tidak pula) yang menegur sehingga beberapa orang profesional juga. ketika waktu itu, saya sendiri merasakan air muka saya berubah mendadak.

menjalani rawatan sejak bertahun-tahun, ia tidak juga kunjung selesai. tambahan dek kerana sikap saya yang suka berlengah ia tidak mahu ke hospital sendirian. dari satu hospital ke hospital kecuali klinik swasta kerana tidak punya belanja. bertambah malas kerana kes saya dicampak ke sana dan dibaling ke sini. saya tidak menyalahkan petugas di sana.

dari klinik pergigian kota bharu saya disuruh berjumpa pakar di hospital kota bharu. apabila ke sana, saya i suruh kembali ke klinik biasa, namun ia tergendala dek kerana saya masih belajar dan tidak mahu berulang alik. di kampus saya tidak pernah mendapatkan rawatan kerana takut mengganggu pengajian. waktu cuti saya ke sabah. di sana dibawa pula oleh kakak ke tempat kerjanya sambil mendapat rawatan.

habis belajar, kakak pula pula ke tanah serambi mekah. tercinta. dibawa ke kampus perubatan agar mendapat rawatan percuma dan menjadi bahan kajian pelajar di sini. namun hampir setahun pulang ke sini, baru beberapa kali ke sana dan masih tidak selesai. agaknya berapa lama lagi ya. saya perlu selesaikannya kerana mahu bekerja dan barangkali tidak dirterima di mana-mana jika masih begini...



Sabtu, 25 Januari 2014

langkah bendul

salam...
macam best je tajuk ni kan? tapi entah la...memang tak salah sebab semua tu adat je. ini kisah saya. peribadinya...selepas tamat belajar, ramai juga kawan-kawan yang menamatkan zaman bujang mereka. dan ramai juga yang bertanya giliran saya untuk mengikut jejak mereka. lalu saya hanya mampu menjawab "doakan..." bukan mereka sahaja... bahkan saudara mara juga bertanya soalan yang sama...

jika kawan tidak mereka mendahulu saya walaupun mereka lebih muda dari saya. namun ada rasa mencuit  hati apabila mendengar khabar adik sendiri sedang hangat bercinta sedangkan masih di bangku sekolah. dan beberapa hari lalu sampai pula berita anak saudara dirisik dan bakal bertunang tidak lama lagi. kenduri nanti pasti ada yang bertanya "mak sunya bila lagi?"

namun tidak mengapa. bagi saya ada baiknya mendahulukan mereka yang punya calon atau hangat bercinta untuk mengelakkan maksiat. semoga bahagia milik mereka dan kita semua. milik saya juga. ada hikmahnya. saya tidak tahu bila giliran saya jika mereka ingin menunggu saya lepas dahulu. tidak baik membebankan atau menangguhkan yang baik.

peace





lukisan alam

bertemu kembali...
saya tenggelam timbul di alam maya ini.... sekali tenggelam berbulan2 tidak muncul. sekali timbul dua tiga isu dalam sehari terapung. selepas ukhuwah saya bersama seorang sahabat dilanda badai, saya  pulang ke desa kelahiran. tamat pengajian di kampus itu. pulang saya tidak menginap di rumah ayah bahkan menumpang di rumah kakak.

mengharapkan cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. mungkin silap saya yang over confident. jadi jika hajat tidak kesampaian saya jadi over frust. saya mohon kerja tapi saya maklum bukan mendapat tempat sekarang. saya mohon melanjutkan pengajian pun tidak kesampaian. jadi saya menganggur lebih setengah tahun. 

kakak mengesyorkan saya memulakan perniagaan. saya tidak berminat dan menjadi terus mendiamkan diri. saya mungkin menjadi beban di rumah ini. menghabiskan beras dan makan tidur sahaja. terdetik juga di hati untuk keluar berdikari tetapi memikirkan keadaan diri saya pekakkan saja. surat2 hutang pengajian yang tambah mengusutkan kepala.

keluar masuk premis dan kedai bertanyakan jawatan kosong membuktikan usaha saya. tetapi ada rasa tyang senang di hati saya. pandangan menjengkelkan pemilik premis membisikkan kata hati mereka pada hati saya. "boleh ke budak ni buat kerja?" mungkin begitu gerak hati mereka terhadap saya. saya keluar dengan langkah longlai bersama kecewa diri. 

ramai orang kata kelulusan saya layak menjadi guru. tetapi jika orang dewasa melontarkan pandangan menjengkelkan pada saya, apatah lagi anak-anak mentah yang belum sampai akalnya. sesekali menemui mereka di pasaraya atau di mana-mana, pasti kedengaran kata-sumbang terhadap mereka. "mama., kenapa kakak ni macam ni?" saya cuma senyum pahit. "kakak cacat ya?" >>> kalau anak buah sendiri tidak respek saya, bagaimana mungkin anak orang yang tidak sedarah sedaging mampu untuk respek saya. perkara biasa anak buah itu mengejek saya di hadapan saya sendiri dan adik sendiri begitu juga. lalu bagaimana saya harus berhadapan dengan ratusan anak dari pelbagai latar belakang. 

saya tidak minta lahir begini dan jadi begini. apatah lagi bernasib begini. saban hari saya ditanya. tak kerja lagi? kerja / kerja dan kerja. dari keluar kampus hingga sekarang , duit simpanan sudah habis. belanja itu dan ini? prepaid telefon. saya belum lagi minta duit daripada sesiapa buat masa ini. tapi jika ia berlaku saya tahu leteran dan bebelan bakal singgah di telinga. saya tidak putus dan jemu minta doa agar ada rezeki buat saya....




Jumaat, 24 Januari 2014

kisah di perjalanan

السلام عليكم
kisah benar ini bakal menjadi kenangan dan saya akan lebih berhati- hati pada masa akan datang...

sebelum itu saya lebih suka mengimbau kembali sewaktu menimba ilmu di kampus dahulu...saban bulan saya pasti akan bermusafir pulang ke desa tercinta...perjalanannya yang  hanya memakan masa 3 jam dan menelan belanja cuma lebih dan kurang rm 20 sahaja... dan pada tahun pertama pengajian saya di sini... saya pulang menumpang kakak kesayangan dengan myvi putihnya....

satu hari satu perlu pulang untuk mengambil satu dokumen perjanjian "hutang perbelanjaan" pengajian saya... bukan tidak mahu mengharapkan orang di rumah mencarinya tetapi saya sendiri lebih tidak pasti di mana letaknya...jadi adalah lebih senang jika saya mengeladah sendiri khazanah yang berkotak-kotak itu dan saya sendiri mebelek  lembaran-lembaran putih itu...

maka secara mendadak saya dan seorang sahabat mengambil keputusan untuk mengjengah tanah kelahiran... seperti kebiasaan...saya pulang ke kampung dengan beg pakaian yang sederhana besar dan menaiki van kuning (bas sekolah yang menjadi pengangkutan rasmi pelajar dari zaman kusza - dan dengar khabarnya sekarang sudah tiada lagi)...

tiba di mpkt kami terus ke kios tiket bas....mendapatkan 4 keping tiket untuk pergi dan balik... dibayar dahulu dengan duit sahabat itu...saat ingin menyimpan duit itu dalam beg itu, baru sedar beg duit hitam putih (sehingga ke hari masih terbayang rupanya) tiada dalam beg pakaian... saat itu pelbagai rasa menjerut hati...panic dan takut...risau dan bimbang dan semuanya.....

aku cuba mengingat di mana si hitam putih kali bersamaku buat kali terakhir... ya ketika turun dari van tadi di stesen teksi... pada masa yang sama bas yang sepatutnya kami naiki sudah ingin meneruskan rutinnya... dan aku menyuruh sahabat itu pulang dahulu... aku meminjam daripadanya rm 50 sebagai bekal dan pak cik pemandu bas itu memberi rm 10...(semoga allah memberi ganjaran)...dan aku keseorangan menuju ke stesen teksi tadi ...mencari walaupun 50-50...

'beg itu hitam putih tu, ade orang ambik tadi dik'...begitu bicara seorang pemandu teksi...maka aku yang kecewa perlu memulakan langkah seterusnya...ke balai polis...jika yang memungutnya tadi tidak memulangnya di sana paling tidak aku buat laporan... ya segala di dalam beg itu...ic, kad atm dan duit belanja pemberian ayah (maklumlah masih di awal semester...duit untuk beli buku)...

semasa di mpkt tadi, aku ternampak pondok polis bergerak...maka aku yang hampir kepenatan bergegas pula ke sana...sesampainya di sana seorang pegawai pun tiada....sangat mengecewakan... maka terpaksalah pula mendapatkan sebuah teksi di stesen tadi...aku keseorangan dan hanya mengharapkan pemandu yang bertanggungjawab. (dalam keadaan begini pelbagai yang negetif menghantui fikran dan mengusik emosi)

alhamdulillah report polis berjaya dibuat dan pak cik driver teksi tadi juga berbaik hati menunggu dan menghantarku kembali ke mpkt...nasib menyebelahiku...telefon nokia biruku masih bersamaku dan aku tidak pernah keputusan bekalan kreditnya...aku call ayah...kena marah perkara biasa...ayah membebel aku redha....aku yang lalai....sampai di rumah nanti aku terpaksa menadah telinga dan ma hanya diam...nasib baik aku punya kak ngah yang mengerti....kak cik yang memahami (dia pun pernah merasa beg dan motor dicuri)

bas seterunya bakal bergerak pada pukul 3 petang dan bermakna aku dijangka sampai di kota bharu pada pukul 6 petang dan jika naik bas skmk aku mungkin sampai di rumah maghrib... aku tidak pernah selewat ini tambahan pula aku keseorangan. nasib baik punya abang ipar yang berbaik hati menawarkan khidmatnya menjemputku dari hentian kota bharu walaupun aku sejujurnya kurang selesa membonceng motor kerana dia bukan muhrimku...

sesampainya di rumah...seperti yang dijangka ayah menanti dengan wajah penuh kebimbangan tetapi mengharukan hatiku...kak ngah pun ade...aduhai memang tragedi...aku yang kepenatan terpaksa juga diceramah... tampa menunggu esok terus sahaja membongkar kotak2 dan rak2 sehingga akhirnya tercapai hasrat. dan aku terpkasa memonteng kelas sehari untuk membereskan ic yang baharu...terima kasih ayah yang telah mengorbankan sepagi kerjanya bersamaku di jpn tumpat...

rezeki juga menyebelahiku, kad matrik yang membuktikan aku seorang pelajar masih bersamaku...jadi kos pembuatan ic yang baharu atau mungkin denda kehilangan cuma dibayar separuh harga...keciciran2 yang berikutnya menjadi biasa bagiku (pansel box, pendrive, handset dan kad matriks di upm) tidak seralat peristiwa ini..."balik dengan niat tak nak menyusahkan ma mencari dokumen (kalau ma belum tentu jumpa sebab aku pun lupa di mana letaknya) dan mengeposnya kepadaku rupanya lebih menyusahkan"

setiap peristiwa bukan sia-sia, pasti ada sesuatu di sebaliknya


ombak ukhuwah

diari...
mungkin tiada sesiapa yang menjenguk halaman, oleh sebab itu itu saya tidak berat hati meluahkan isi hati di sini....  dek kerana tidak ramai yang tahu kewujudannya. dahalu saya menulis pada diari tahunan...tetapi ia tetap diceroboh oleh yang tidak jujur atau ia mungkin tidak kekal dek kerana dimusnahkan. tetapi kepada sesiapa yang masuk ke laman ini dan terbaca coretan saya, saya sudah mgnghalalkannya. saya sudah merelakan sejak awal saya memujudkan sudut kecil ini...

anda meluangkan sedikit waktu anda di sini, saya tidak mengharapkan ia sesuatu yang dibazirkan. malah ambillah yang baik menjadi teladan hidup anda dan yang buruk sebagai sempadan. pengajaran untuk diri anda. bahkan saya senang untuk menerima nasihat, teguran dan kritikan serta peringatan dari anda jika tidak keberatan

alkisah...
enam tahun dahulu saya mengenali dia (seorang perempuan yang tidak perlu disebut namanya). pada waktu itu kami tidak rapat hanya rakan sekelas. waktu itu sedang menuntut di sebuah kampus. saling menjenguk dan bertanya khabar, pernah menyiapkan beberapa tugasan bersama dalam satu kumpulan.

dari kampus itu, kami sama berpindah ke kampus lain. daripada rakan sekelas, kami menjadi rakan segeng. kami berenam. beberapa tahun kemudian geng kami berpecah atas sebab yang tidak perlu dihuraikan. tinggallah kami berdua dan mereka berempat. kami bersama ke mana sahaja. susah senang suka dan duka. sakit demam dijaga. ambil berat sentiasa. tidak pernah berpecah untuk tugasan kumpulan.

dipendekkan cerita,
satu hari dipendekkan cerita, dia mengajak saya menemaninya ke satu tempat. mungkin salah faham atau komunikasi yang silap, kami bergaduh. saya mengakui saya salah dan meminta maaf. tetapi pada masa yang sama dia juga silap. saya maafkan dia walaupun tidak diminta. dan kami tidak lagi berdua bersama. terpisah makin menjauh. jauh hati.

kami bermasam muka, dan lost contact. tiada lagi khabar. ramai sahabat yang prihatin datang bertanya tentang kami. peka dan bertindak. yang datang kepada saya, saya cuba untuk jujur dan akui silap diri. namun saya tidak tahu apa tindakan mereka di pihak dia. saya teringin untuk dengar apa silap saya di mata dia. sepanjang tempoh sengketa kami, beberapa kawan yang setia menjaga sakitnya datang kepada saya "dia sakit." sakit itu juga merentap diri. yang jauh pula bertanya "apa khabar dia?" serba salah dibuatnya. tidak tahu mahu kata apa.

saya cuba untuk menyapa bukan sekali dua, bahkan berkali-kali. bukan ketika berdua bahkan bersaksi. setiap kali menatap gambar bersama. atau menenang kisah lalu. ada doa untuknya. cukuplah di sini sebelum air mata merembes lagi...

sendiri untuk kendiri...