Khamis, 30 Jun 2016

dugaan ramadhan

salam 26 ramadhan...

sedar tidak sedar kita sudah berada di penghujung ramadhan. ada orang tidak sabar untuk beraya, ada juga yang sedang menghitung hari untuk melangkah ke alam baru beberapa hari selepas raya nanti. pun begitu ada juga berduka menghantar ramadhan pulang dan sedang bermuhasabah amalan ramadhan tahun ni....

ramadhan bukan sahaja bulan menguji sabar kita menahan lapar dahaga... tetapi ramadhan ini juga kita dikunjungi pelbagai musibah untuk menguji iman... sedari beberapa hari sebelum ramadhan menjengah saya dikejutkan saudara kami yang baik sedang menghidap barah otak dan selepas menjalani pembedahan dia lebih parah.

pertengahan ramadhan, saya dikhabarkan oleh kak ngahh lewat perbualan telefon kami, bapa saudara kami dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman di tangannya sementelah dia penghidap kencing manis yang tegar....

suku ketiga ramadhan saya disampaikan tentang anak sepupu yang buta mata kanannya dan cedera tangannya akibat mercun yang tidak sempat dilemparkan... hah.. kali ini memang tidak terkata apa. mahu marah, tiada guna, perkara sudah jadi... mahu bersimpati, dia sendiri cari penyakit dan buang duit.

saban tahun ada saja berita begini namun anak muda tidak pernah serik... dahulu saya kata : padan muka, main la lagi... tetapi kali ini saya tidak terkata apa... saudara sendiri... daripada sihat walafiat kan sudah digelar oku... bila difikirkan masa depan anak remaja berusia 14 tahun,, aduh kesiannya... apatah lagi bila memikirkan ibunya bukan orang sedang dan sudah lama bergelar ibu tunggal itu...

saban tahun juga saya dengar bebelan ayah yang terganggu solat dan tidurnya dek kerana letupan mercun ketika jemaah sedang berterawih...kesian juga pada ibu dan bayi yang tidak dapat tidur kerana gangguan yang tidak tau hormat jiran


moga ada sinarnya...  raya tetap meriah tanpa mercun....

Khamis, 9 Jun 2016

bersatu tapi berpecah

assalamualaikum

hari ni lima ramadhan ... maknanya limakali kita berterawih... x kiralah di masjid, surau mahupun di rumah, yang lebih seronok berterawih ialah berjemaah di masjid atau surau sebab suasana lebih meriah... kalau di kampung saya, saya rasa lebih lagi meriahnya. sebab selawatnya diikuti oleh makmum dengan lantang (terutamanya anak-anak). berbeza dengan di sini selawat hanya dengar dari microfon imam dan bilal sahaja. makmum hanya mengikut perlahan.

sebelum memulakan solat, imam mengerahkan jemaah untuk mara ke depan dan merapatkan saf. namun tidak semua orang bergerak dan bertindak. ada mak cik yang mahukan dinding untuk bersandar dan ada kakak yang mahukan kipas, tidak mahu kepanasan. ada pula yang mahu dekat dgn pintu untu keluar masuk ke tandas dan perbaharui wuduk. saya sebenarnya tidak adakah itu semua keperluan mereka atau cuma keinginan.

lantas saf hadapan masih lagi kosong.. ada pula orang yang menghamparkan sejadah sendiri dan tidak mahu berganjak lagi... ada yang yang tahu menyuruh orang saja melangkah... sedangkan seorang kawan yang saya ajak untuk penuhkan kekosongan sebelah saya mengeleng. saya serba salah kerana yang mahu bergerak ke kiri, kanan pula kekosongan

saya sangat yakin pada hikmah berjemaah. perpaduan orang islam dan ketaatan kepada pemimpinan. bagaimana kita mahu bersatu dan berpadu sedang kita menjauh,, ketaatan kepada pemimpin yang saya maksudkan ialah saranan tuan imam supaya penuhkan saf dalam solat yang hanya tidak seberapa lamanya pun tidak mampu dipenuhi lalu bagaimana untuk kita patuh pada pimpinan dalam skop yang lebih luas...\

wallahu a`lam 

Isnin, 6 Jun 2016

malu tak bertempat

assalamulaikum, ramadhan kareem

selamat berpuasa semua... saya masih ingat lagi entri ramadhan lalu yang bertajuk azam ramadhan saya... azam saya masih sama macam dulu... tak tinggal solat terawih  kalau x abc la.... saya nak belajar masak tapi tahun ni saya fokus beberapa menu je dulu... belajar kena slow2...  dan saya nak buat baik semaximun yang mampu...

sebut pasal buat baik, kita x boleh malu nak buat baik... kalau malu ni la yang namanya malu tak bertempat.... alkisah pagi ni seperti perbualan berikut: (seorang kakak nak sambung wayar ke extention) dan extention tu rosak satu lubang...
salah eja sorry la ya...

saya: kenapa guna yang tu? kan rosak (ada lagi dua lubang yang tak rosak)
kakak: x sampai...(memang tempat duduk dia jauh sikit daripada exention tu)
saya: cuba la guna yang tu (tadi saya nampak satu extention x guna atas rak)
kakak: emmm... yan sambung la...
saya: akak kan dah berdiri tu... boleh orang meja sana guna juga..
kakak: malu
saya: tak nak sudah (geram la jugak)

apa nak dimalukan dengan buat baik...bukan ada orang tengok (memang pg 2 hanya beberapa orang saja yang masuk sini,,,tu pun jauh dari kami) kalau ada orang tengok pun takkan ada yang kutuk... dipuji lagi ada... kalau tengok saja x luak pun eh....

setiap perbuatan kan ada yang mencatit.... apalah sangat pandangan manusia berbanding pandangan allah...wassalam....