Isnin, 23 Mei 2016

bila berkongsi

tajuk entri kali dipetik daripada kata-kata kawan saya "ini lah akan jadi kalau berkongsi bisnes"

al-kisahnya ialah ketika kami sedang menikmati makan tengahhari di sebuah warung (tempat kami selalu makan dan kami kenal peniaganya).... di situ juga terbina gerai untuk peniaga muda menjual cendol... kami pun suka juga makan cendol di sini... sedap. dengar cerita santannya ialah santan kelapa sawit yang kurang kolestral...  lain rasanya dari santan biasa...tapi saya makan sama ja....

kami suka makan di warung ini walaupun harganya mahal bukan sebab suasananya ala-ala tradisional dan bukan sebab menu kampungnya... saya suka kerana lauknya yang segar....ikannya tidak keras seperti ikan kotak walaupun untuk sampai ke sana memakan rasa dan jauh berbanding kantin...
biasanya suasana di kantin padat dan ruih,,, ramai orang

berbalik kepada al-kisah tadi.... kami sedang makan dan kami merungut kakak warung membebel

"budak-budak cendol ni malas betul basuh singki... tau mengadap telefon je... kalau ditegur mula tarik muncung... " singki yang dimaksudkan ialah singki tempat penjual cendol itu mencuci mangkuk dan pekakasnya... di situ juga tempat dpelanggan kakak itu mencuci tangan sebelum dan sesudah makan....

saya hanya diam dan kawan saya berbisik "ni lah akan jadi kalau berkongsi bisnes"... maksudnya bila dus perniagaan berada di tempat yang sama... mungkin sedikit sebanyak terkesan dengan persaingan dan perasaan....

bila saya ke singki untuk mencuci tangan memang saya lihat singki yang putih itu sedikit kehitaman dan berlumut... dalam hati saya berbicara.....ini perkara biasa bila seorang sudah berusia dan keibuan  dan satu pihak lagi ialah anak muda belia remaja yang bermalasan... ya lah kerja dapur mak sendiri pun membebel...

hal yang sama juga berlaku pada kami di rumah sewa... namun pandailah bertolak ansur... seorang cuci tandas, saya sental singki dan dapur,,, di rumah kami mesin basuh  dan peruik nasi berdebu itu biasa ... namun lebih berdiam daripada bermasam muka.... saya lebih saya suka bertindak dalam diam daripada bising tapi tak buat apa2....


Jumaat, 20 Mei 2016

selemah2 iman

assalamualaikum

nabi saw  tinggalkan kepada kita dua perkara : al-quran dan sunnah

dalam satu hadis itu nabi saw pesan... sampaikan daripadaku walaupun satu ayat

dan nabi pesan lagi, kalau kamu lihat kemungkaran tegahlah dengan kuasamu kalau kamu tidak mampu tegahlah dengan kata-katamu dan kalau tidak mampu tegahlah dengan hatimu dan itulah selemah-lemah iman

di manakah kita? yang pertama? pastinya kita bukan sesiapa... kita bukan penguasa, bukan juga polis, bukan pegawai... yang kedua? pastinya bukan kita penceramah, bukan juga ustaz ustazah. kalau kita menegur dan memberi nasihat... pastinya satu ayat mengjengkelkan akan kedengaran "eh eleh...kau siapa nak tegut aku..." lalu kita jatuh ke tempat ketiga...mencegah dengan hati.

kita pasti tertanya bagaimana mahu membenci hati itu? bagaimana ya? cukupkah sekadar benci? salah satu caranya berazam supaya diri kita tidak melakukan mungkar tersebut..dan kita mendoakan agar pelakunya berubah dan meninggalkan mungkar tersebut 

ini kisah saya....saya punya saudara dan kawan yang saban hari saya lihat mungkar mereka... mahu ditegur mereka ialah kakak yang lebih tua.. kenalan kami daripada bertudung dan kini dia meninggalkan tudungnya... saya punya kawan-kawan yang bertepuk tampar berhuha-huha bagai tiada batas ikhtilat... mahu ditegur langsung bimbang terguris hati dan kami makin menjauh... sehingga melihat orang membuang sampah di depan mata pun... kita masih berdiam diri..

lalu saya juga hanya mampu menegah dengan hati .. namun soalnya sampai bila kita hanya selemah iman...itukah iman kita? saya mahu berubah dan moga allah kurniakan saya kekuatan ...












Rabu, 18 Mei 2016

dakwah kecil bahagian 2

assalamualaikum

saya berada  di sini selama beberapa tahun namun ada sesuatu yang menarik saya perasan sepanjang tempoh itu. di sini kami bercampur pelbagai bangsa, negara dan agama... di meja hadapan ada beberapa orang cina selalu di situ...satu hari azan zohor berkemundang dari corong telefon milik salah seorang daripada kami. ketika azan itu kedengaran kebetulan mata saya tertumpu kepada seorang lelaki cina

yang menariknya lelaki tersebut menoleh ke arah kami. lama dia memandang dan lama juga saya perhatikan dia. saya tidak tahu mentafsirkan pandangannya itu. saya tidak tahu pandangan itu dengan rasa apa. suka atau marah. saya tidak tahu azan itu pada sudut pandangnya bagaimana. menarik atau membingitkan. tetapi saya bersangka baik dan mengharap yang baik. saya andaikan dia suka dan tertarik dengan alunan tersebut..

lalu saya mula sedar.. saya sedar setiap tingkah orang islam di ruang ini menjadi perhatian. setiap tutur orang islam sampai ke pendengaran mereka. jika begitu kita haru berkelakuan baik supaya menjadi contoh bagi mereka... supaya setiap tingkah dan kata kita menjadi dakwah walau tidak besar... dakwah bilhal... hanya itu yang kita mampu

maka solatlah di awal waktu dan jagalah susun atur bilik ini... kerana inilah imej islam pada pandangan mereka... memang diakui semua orang bahawa suasana yang selesa dan sekitar yang bersih menjamin produktiviti kerja,,, dan islam pula mengajar kita tentang kebersihan sebahagian daripada iman serta allah itu maha cantik dan sukakan yang cantik...

saya cuba sedaya mampu untuk menjalankan tugas membersihkan bilik ini mengikut jadual yang tersedia sedangkan orang ;lain tidak mengendahkannya... bahkan ada yang memperli pula jika kami menjadi tukang sapu di ruang ini... kalau tidak dibersihkan semua kawasan bilik tetapi jika semua orang menjaga ruang masing-masing ia tidaklah seperti tidak dibersihkan langsung.......

positifkan diri

assalamualaikum dan salam positif

tengok pada tajuk entri kali ini, mcm tajuk motivasi tapi saya nak bercerita tentang sikap kita yang kadang2 suka merungut. kita adakalanya terlepas pandang dengan apa yang keluar dari mulut kita tapi cermin kita adalah orang yang mendengar..

kisah semalam, saya kepenatan pulang dari fakulti... sata duduk berehat di sofa rumah sewa maka masuklah dua orang kawan bersama beg plastiknya.. maka mulalah kedengaran ayat "mahalnya barang ni,,," ayat itu lah diulang berkali-kali... sehari sebelum itu, saya yang menemaninya ke kedai itu.. dalam kedai itu sudah kedengaran rungutan "mahalnya barang kat sini..." tetapi dalam pada itu dia tetap juga mengambil barangan satu demi satu... tengok itu mahal... ambik ini mahal... tapi penuh juga seraga...

apa guna merungut sedangkan rungutan itu tidak merubah apa-apa. ia tidak menurunkan harga barangan itu dan tidak membatalkan hasrat kita untuk membeli. bimbang kita terbiasa merungut setiap hari dan hingga kita tidak sedar ia sebati dalam diri kita... kerana kata-kata menjadi doa dan ia benar terjadi pula

cuba bayangkan seorang pelajar merungut. "susahnya..." seorang pekerja pula merungut "penatnya.." seorang ibu mendukung anak kecilnya merungut. "beratlah adik ni...".. anak itu faham kata-kata ibunya dan anak merasakan tiada keikhlasan lalu mula menjauhkan diri... seorang suri rumah merungut keletihan menjalankan rutin hariannya.. dan akhirnya kita tidak mendapat apa-apa...

apa yang terbaik ialah berdiam diri dan bertindaklah dalam diamnya kita... bukan bercakap lebih banyak dari kita bertindak .... jaga mulut kita dan jaga telinga orang sekeliling kita,,, nasihat untuk diri








dakwah kecil

assalamualaikum...

berada di marhalah ini sangat menduga saya... ilmu saya tidak sedalam mana namun  kali ini antara mereka hanya saya yang digelar tahu agama atau dinilai pada labuhnya tudung... saya banyak menjadi tempat bertanya soalan agama. atau  rujukan hukum hakam.... di awal perkenalan saya disoal tentang isu solat jamak dan qasar... kami juga banyak bersembang tentang isu semasa yang berkaitan aurat, perceraian dan mas kahwin,,, dari sudut pandang akademik, intelek dan sarjana,,,

ada satu hari tu, seorang kakak ni membawa sehelai kertas dan sebatang pen lalu bertanya "yan, apa maksud islam is the way of life?" dan beberapa lagi soalan lain. saya menjawab seadanya yang termampu. saya bertanya untuk apa soalan2 itu. katanya soalan saringan untuk melayakkan diri dipanggil temuduga di salah satu institusi pengajian islam.

beberapa hari kemudian dikhabarkan dia lulus ujian itu dan dipanggil temuduga. seorang kawan kami bercerita kenalannya telah melalui temuduga di institusi yang sama..menurutnya kena baca surah yang dihafal...reaksi kakak tu terkejut dan saya pula menambah..."akak kalau nak kuat, hafal la hadis sepatah dua". ... "hadis tu apa yan?" tanyanya...giliran saya pula terkejut....

saya kelu. bisu. pelbagai rasa mengatasi reaksi. saya pun tidak tahu apa yang saya rasa sebenarnya. kecewa. marah. geram. sedih,, semua ada...sehingga saya tidak mampu menjawab soalan itu, dan saya biarkan ia dijawab oleh orang lain yang turut serta dalam perbualan kami. saya kecewa kerana orang muslim tidak tahu apa2 tentang sumber agama itu, saya marah kerana seorang intelek yang boleh tahu banyak perkara lain tetapi tidak tahu seperkara itu. saya geram kerana dia seorang ibu dan mahu membentuk anak generasi akan datang dan ke mana suaminya yang membiarkan isterinya begitu. saya sedih kerana dia kawan saya.

namun peristiwa ini menjadi cermin saya untuk saya. saya harus lebih belajar demi dakwah ini. saya harus menyampaikan dakwah walau dalam sekecil2 perkara. saya yang harus mulakan dakwah walau dengan sehalus2 cara. saya mahu mulakannya walau hanya dakwah bilhal. ampunkan kami wahai tuhan andai hanya mampu membenci mungkar dalam hati sedangkan kami tahu itulah selemah2 iman,. maafkan kami wahai rasul andai kami alpa tentang sunnah...andai kami lupa berselawat sedangkan kami tetap menghrarap syafaat,


jiran

assalamualaikum..

tajuk entri ni macam baik tapi sebenarnya saya menulis dengan rasa yang bercampur. marah, geram, bengkek je... bilik seri setia...inilah ruang yang dihuni 5 hari seminggu... mengadap laptop, tesis dan timbunan buku...namun banyaknya mengelat ke fb, novel dan phone... ruang ini kami kongsi ramai melayu cina india...malaysian dan mat saleh dan minah arab..negro pun ada....kalang kala ruang ini sepi dan ada tika bertukar bingit seperti pasar... sesekali ruang ini diterjah masuk oleh pensyarah yang mencari pelajarnya...

ini kisah hari ni.. hari ini emosi saya berkecamuk dek kerana seorang kakak berjubah dan bertudung labuh... dia datang dan duduk betul di hadapan saya (biasanya dia bersama kawan2nya menarik meja bulat ke arah meja saya) kerana hanya di sini ada plag yang ingin digunanya untuk menghidupkan komputer ribanya, dan plug itu adalah milik peribadi saya dan tidak siapa minta izin untuk gunanya...
dan tidak kisah soal plug itu itu tetapi kisahnya sekarang ialah sikap mereka

minggu lalu mereka duduk di sebelah meja dan membingitkan telinga saya dengan perbincangan mereka yang bergegar2... dan hari ini kakak bercermin mata ini menyanyi kecil dan bersuil sepanjang berada tepat di hadapan saya...  namun dia tetap juga tidak faham jelingan tajam dan keluhan saya... mahu ditegur langsung... ya lah dia lebih kakak dari saya dan bimbang dia dimalukan kerana masih ramai kawan 2 yang sebaris di meja ni... apa yang saya ingin tekankan di sini ialah adab berjiran walaupun hanya jiran meja atau jiran office...saya tak kisah kalau itu berbualan yang penting tetapi banyaknya ialah bercakap dengan diri sendiri dan membaca dengan suara...

pun memang betul ruang ini sangat menguji sabar... menduga tebalnya iman....









Khamis, 12 Mei 2016

assalamualaikum

saya kembali menulis jua akhirnya.. pesta buku sudah berakhir dan saya sempat ke sana.. menmbeli buku dan menghabiskan baucer buku hanya dalam sehari... saya bercerita kepada angah hal ini dicopnya saya boros... padahal harga buku sekarang boleh tahan juga mahalnya... jika dibandingkan harga buku akademik bergannda dengan buku biasa... boleh dikatakan 1:3....cuba bayangkan saya belanjakan tiga keping baucer di satu gerai (kawan saya pula semuanya licin di sini....)...yang ketebalan tiga kali ganda lebih  nipis daripada buku biasa...namun nilai dan ilmu saya akui tidak terbayar dengan wang ringgit ....

sedang saya asyik membaca buku travelog yang dibeli (baki dari baucer) saya dengar suara teman serumah:

"diorang boleh buat duit menulis... kita bila nak mula?"

"saya buka somebody (orang hebat)" saya jawab... maksud saya tiada apa untuk ditulis

"kalau tiada cerita kita, tulislah tentang orang di keliling kita...." ya saya terinspirasi daripada itu... saya harus mula mencoret seperti nazali noor, seperti penglipur  yang lainnya juga....

pun begitu, untuk menulis kisah panjang berjelar harus bermula dengan sepatah cuma... dan untuk menulis sebuah buku harus membaca seribu buku...

semoga saya berjaya....

semoga ia bukan lagi angan tapi impian yang jadi kenyataan