Jumaat, 21 Julai 2017

lagi cerita

hari ni saya rasa nak bercerita je. bukan panjang pun, cerita ni adalah tentang kakak dan anaknya.

kakak saban hari menghantar makanan tengahari kepada anaknya di sekolah untuk bekalan kelas kafa hingga ke petang. kakak bukan orang senang. kakak hantar makanan kerana anaknya hanya bawa duit saku seringgit sehari berbanding anak orang lain bawa wang belanja lima ringgit sehari, paling kurang.

bekalnya adalah nasi berlauk sebungkus, air batu sebotol dan makanan ringan goreng2 sedikit. makanan itu dinilaikan lima ringgit. al-kisahnya satu hari, anaknya ini pulang ke rumah lewat petang dalam keadaan kebuluran. bila ditanya, katanya tidak jumpa bungkusan makanan itu. maka mereka mengsyaki bahawa makanan itu dicuri oleh pelajar lain.

maka, marahlah si ibu ini. kemarahan itu dibawa ke esoknya dan lusanya. mereka bercerita sesama ibu-ibu di kedai-kedai, barangkali sampai lah berita itu kepada ibu anak yang tertuduh. maka, hari berikutnya mereka mendapati satu bungkusan misteri dan botol air baru dalam raga makanan darjah lima. (rupanya pada hari kejadian orang yang bertanggungjawab menyusun raga2 itu tersalah susun tidak mengikut urusan kelas.)

nak dijadikan cerita, budak yang mengambil itu pula tidak membaca terlebih dahulu labelnya. yang menambah kemarahan kakak ini adalah cara si ibu muda itu memohon maaf. dengan hanya sekeping nota yang juga tertulis nombor telefon. untuk diganti berapa ringgit harga hidangan yang sudah termakan.

saya cuma mahu nasihatkan kakak itu, dengan takdir, rezeki dan hikmah. allah yang mentakdirkan penjaga kantin itu tersalah letak bakul. allah juga yang mentakdirkan anak itu terambil makanan. kedua adalah sudah memang rezeki anak mereka tiada dan betukar milik kepada orang lain. cuba fikirkan hikmah yang baik2. jika anak itu makan tengahhari mana tau akan keracunan dan ciri birit. jika anak itu pula tidak makan mana tahu dia akan pengsan atau pitam. atau mudharat yang lebih besar

tiada kesudahan

tadi tu cerita copy paste. ni cerita hangat dari telinga. saya tulis bukan saja2. untuk kurangkan stress dan untuk kalian ambik iktibar,

saya naik bosan tiap kali telefon berdering, asyik dengar cerita yang sama je dari kakak. cerita yang tiada kesudahan. dan tiada penyelesaian. ceritanya ialah mengenai padi dan kami anak beranak.

ayah ada tanah padi. entah berapa  ekar. entah berapa bidang. dahulu ayah kerjakan. sekarang tidak lagi. ayah serahkan kepada cucunya. maka sudah bertahun cucu ayah yang usahakan. 
ini bukan isu perebutan harta. ini masalah janji. janji mulit yang tiada hitam putih.
masalahnya adalah duit hasil usaha padi itu. menjadi hak siapa. atuk pemilik tanah sudah berjanji  mahu bahagikan sama banyak. tapi atuk yang sudah tua itu memang pelupa. cucu ini masih berpegang pada janji. maka setiap kali padi dituai, isunya duit dimasukkan ke akaun atuk. maka liatlah atuk ini untuk ke bank mengeluarkan wang untuk cucu itu.
masalah lagi, atuk ini sudah bercerita di kedai2 kopi bahawa tanah sawah diserahkan kepada si cucu. maka kawan2 si cucu ini pulak berseloroh kaya la kau. untung la ada baik. tapi hakikatnya cucu ini mintak duit dengan si atuk bagai peminta sedekah. bukan duit titik peluk hasil pada pun. duit beli baja dan racun begitu juga.

sampai bila konflik ini harus singgah di telinga saya. saya cadangkan cucu itu buat akaun sendiri. atau biarlah atuk usahakan sendiri tanahnya itu. sewalah tanah lain wahai cucu. 

susah sungguh

Ini pula cerita anak buah saya. gadis yang tidak bersekolah dan membantu kakak saya yang berniaga. Bukan dia yang berniaga Cuma menghantar ibunya ke sana dan ke sini dengan motosikal peninggalan arwah ayahnya. Abang ipar saya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu meninggalkan empat anak yang masih bersekolah termasuk sepasang kembar.
Dari dulu hubungan kami anak beranak dengan keluarga ini tidak berapa baik. Ya lah, dengan sikap kak long dan anak-anak yang pantang ditegur. Mereka pasti melenting dan tidak bertegur sapa. Terutamanya kak ngah dan keluarganya yang tinggal bersebelah dgn rumah kak long. Ada saja kerenah anak beranak itu yang memeningkan kepala kami dan menyesakkan dada ayah.
Kemuncaknya dengan kak ngah adalah apabila kak ngah menjadi perantara untuk merisik anak kedua kak long. Maka kak long memutarbelit cerita begitu begini untuk menolak risikan itu. Dengan kuasa allah dan jodoh mereka kuat, mereka menikah juga. Daripada marah bertukar malu dengan kak ngah mungkin, mereka tidak bertegur sapa untuk berapa minggu atau bulan.
Kemuncaknya dengan ayah pula adalah apabila ayah membawa anak teruna untuk merisik anak buah saya yang satu itu. Saya yakin, ayah tidak akan membawa orang sebarangan untuk menikahi cucunya. Walaupun tidak berduit banyak atau bekerjaya hebat, saya yakin lelaki itu bukan main-main dan mampu menyara kerana menurut ayah, dia sedang membantu ayahnya yang juga berniaga di kedai makan.
Pada hari kejadian mereka dua beranak buat perangai. Si gadis keluar menghidang air tanpa bersiap, tanpa senyuman dan tanpa sepatah kata. Dan di dapur pula, kakak saya memarahi ayah sedangkan tetamu belum lagi beransur pulang. Menurut ma, kak long tanya kerja apa lelaki itu? Maka bidas ayah, nak orang kerja hebat anak kita hebatkah?
Tidak cukup dengan ayah, kak ngah  sekali lagi terima tempiasnya. Dek kerana kak ngah menyokong tindakan ayah dan memberi nasihat kepada kak long supaya menerima kunjungan itu dan keputusannya terserah kita mahu terima atau tolak. Maka kak long berhelah begitu dan begini. Tua, susah berniaga, anaknya muda lagi katanya. 
Dan kak long tidak mahu menerima hujah2 kak ngah yang saya kira ada benarnya. Biasalah kak long lebih tertutup dan pendek akal berbanding kak ngah yang open dan berilmu. Bidas kakngah, arwah suami kak long dulu pun tua juga tapi kahwin elok je. Point kakngah adalah jodoh tidak mengenal usia. Susah berniaga. Ya lah selama ini kak long sangat bergantung kepada anaknya satu itu. Bidas kak ngah kak long perlu berdikari. Yalah sampai bila harus dihalang fitrahnya anak. Bidas kak ngah lagi, umur gadis itu sekarang sedang laku keras bagi anak dara yang tidak ke mana. Mengapa harus ditunggu pertengahan 20an sedangkan usia itu hanya untuk graduan university sahaja.
Cadangan ayah adalah apabila sudah berkahwin nanti biarkan lelaki itu tinggal dan di rumah kak long supaya dapat membantu juga kak long.  Cadangan ini saya juga tidak bersetuju kerana tempat isteri adalah disisi suaminya dan saya kuat berpegang pada sebuah rumah perlu seorang sahaja suri. Di rumah kak long saya tidak bersetuju menantu lelaki tinggal bersama. Kerana ada anak gadis yang lain dan seorang janda yang saya tahu mereka serta aurat muamalatnya bagaimana. Dan yang paling membimbangkan saya ialah kak long tidak lagi mahu berniaga kerana fikirnya ada lelaki yang menyara.


perangai dia sorang

Adik saya berusia 24 tahun dan bakal berkahwin dengan kekasihnya tidak lama lagi. saya tak kisah soal langkah bendul dan sebagainya. Yang saya marah dan terkilan adalah dia mahu melangsungkan majlisnya di rumah ayah. Rumah dan ayah yang dia tidak pernah ambil tahu selepas dia meninggalkan kami selepas menduduki spm beberapa tahun lalu.

Bagaikan kacang melupakan kulit, dia meninggalkan ayah yang menyekolahkan dia bertahun2 selepas dihantar oleh ibunya ketika mahu menjejak ke darjah satu. Ya dia adalah anak hasil perkahwinan ayah dan ibunya yang hanya bertahan selama dua tahun. sekarang ayah berkahwin lagi dan hubungan isteri baru ayah dan bekas isteri ini tidak pernah baik.

Lalu bagaimana kami harus berkenduri. Saya tidak tahu apa sebab mereka tidak berkenduri sahaja di sana. Adakah segan kerana rumah mereka buruk atau tidak mahu berpenat lelah. Yalah nanti mereka adik beradik anak beranak datang lenggang kangkung makan kenduri dan boleh terus pulang. Masak memasak dan rumah bersepah kami yang hadap. Saya harap sangat kenduri mereka pakai catering, tak perlulah menyusahkan hati ayah yang selama ini makan hati berulam jantung dengan karenahnya.
Ya, saya tahu rumah ayah lebih dekat dengan rumah pengantin lelaki lelaki jika dibandingkan dengan rumah ibunya. Nampak tak sekali lagi kami diperalat oleh keluarga pengantin lelaki supaya dapat menjimatkan duit minyak rombongan. Saya kesian ayah. Ayah yang berhabis duit untuk dia selama ini dan nanti sebagai tuan rumah, ayah juga yang harus menjemput orang kampung.

Saya juga kesian ma. Harus korbankan hati wanitanya melihat bekas isteri ayah bertuan rumah di rumah kami. Majlis itu nanti pasti kakak-kakak dan adik adik datang menjadi tuan rumah jugak. Mereka dan saya juga tidak baik. Datang ke rumah kami mencari adiknya dulu, tidak pernah ditegurnya kita walau disapa dan walau bermanis muka.

Tak apa lah. Biarlah hanya kali ini. Dan saya yakin selepas ini mereka akan bawa haluan sendiri dan kami tetap berkongsi ayah. Juga tetap kakak dan adik. Dia punya pilihan dan hidupnya sendiri. Pun tetap berbangga kerana arwah emak kami empat beradik tetap meniti di bibir ayah. Cuma harapan saya semoga adik ipar kami ini memainkan peranannya sebagai lelaki. Saya pasti ayah gembira jua bakal menyambut menantu keempat.

Semoga dididik dan dibimbing sebaiknya. Selama ini dia pakai ikut suka, perangai lebih kurang. Dan jangan malukan ayah bila jadi menantu orang. Jaga maruah dan air muka keluarga. Jaga solat sebab ayah dah hantar ke sekolah agama. Bagus juga dia tidak masuk u kalau sambung belajar tinggi2 dan ayah berhabis lagi tapi dia tetap menjadi pucuk tidak mengenal akar. Buat lesen kereta duit ayah dan sekali pun tak pernah dibawa ayah pusing2. Ayah beli motor dibawa juga motor ke rumah emaknya dan pernah motor itu digunakan mereka sekelurga bagaikan mereka yang punya.

Dulu, dia pernah dibelikan rantai dan gelang seperti kami. Tapi bila dipakai dan dibawa ke rumah emaknya, sesuka hati barangan itu dijual. Selama ini saya lihat ayah sabar dalam dukanya. Ayah tenang dan pilunya.


Selasa, 28 Mac 2017

7 hari

bismillah

salam petang. petang ni seakan faham jiwaku. suram. langit menangis. saya tidak mahu menangis hanya kerana 7 hari. ya cukuplah tujuh hari. sekali gus mematikan semangatku untuk menulis novelet tentang 7 itu.

kisah bermula. 18 mac aku tulis status tentang oku, rentetan daripada kes kemalangan maut lawan arus dan pelakunya dilepaskan kerana berstatus oku. maka ramai la yang menjadikan itu sebagai bahan gurau senda. memang ramai friends fb yang like dan memberi komen positif. namun seorang lelaki dengan nama mh komen "oku pun okey apa" saya replied: ok ke tak ok ke kena ok jugak.

tidak berakhir di situ, dia mula pm saya. dia perkenalkan diri sebagai oku dan alumni upm. aku selidiki profile dia. rasanya tiada apa yang perlu aku khuaatiri. bermula dari satu topik ke satu topik kami bertukar. semua yang aku tanya dijawabnya. aku juga senang berkongsi, tapi dalam diri ada sedikit kebimbangan.

dia minta untuk beehubung melalui wasap. dan dia juga sudah berikan nombornya tapi saya mahu tangguhkan dulu sehingga istikharah ketiga. satu malam, mesej kemuncaknya : "saya cuma nak tahu dengan siapa saya berkawan sekarang?" maka dengan bantuan housemate saya jawab. saya bukan tunang orang atau isteri sesiapa.

selepas pertanyaan itu, saya istikharah. dan saya mimpikan dia. jam 4 pagi terjaga dari tidur, maka seharian saya tidak senang duduk. saya risau kami tidak mampu menerima antara satu sama lain pada masa kami sudah jauh. saya fikirkan penerimaan keluarga kami dan segala kemungkinan lain. dia orang jauh, johor. sangat jauh budaya kami.
bukan sekadar itu, banyak persamaan antara kami. terlalu sama sehingga saya tidak jumpa perbezaan. kami tidak boleh minum kopi, kalau minum tak boleh tidur. itu cuma kecil. kami sama2 minat sastera, novel, penulis, buku dan lain2. sedang saya mengimpikan seorang lelaki yang lasak, ya saya faham dia sakit tapi entah la, hati ini masih bersoal?
yang paling besar dia juga tidak boleh memandu dan menunggang motor. masalah besar dan saya tidak pasti sampai bila. sedang mengharapkan lelaki yang boleh melengkapkan saya. saya tidak mampu memandu. lalu siapa yang akan bawa kami. sampai bila harus menyusahkan orang sekeliling dan memperuntukan banyak wang untuk tambang teksi atau bas. saya mengimpikan seorang menantu yang boleh membawa ayah dan keluarga saya ke sana sini.

maka saya tergerak hati untuk bertanya wanita bagaimana yang dia idamkan. lalu dia menjawab: warak, bijak dan senang mata memandang. dia mendefinisikan setiap ciri itu, dan tidak satu ada saya pada watak itu, saya tidak warak kerana saya belum cukup beramal dengan ilmu saya dan saya tidak beristiqamah jika beramal sekali pun. saya minta maaf,
bijak seperti yang dihuraikan bijak menguruskan hidup dan masa depan, mengaturkan masa dan menggunakan wang, sedang masa depan masih kabur, saya tidak tahu apa akan jadi. dia pun di usia 30an tidak belum punya kerjaya lagi. untuk dua tiga tahun ini saya sudah bazirkan untuk pengajian ini dan kalau saya bijak menguruskan kewangan saya tidak sepokai ini sekarang.

saya istikharah lagi untuk kali kedua. dan seusai salam istiharah itu, telefon berbunyi beep. ya mesej dari dia. saya buka dan baca. ya dia sudah putuskan. dan kami sudah berakhir. saya hanya perlu redha dan apa lagi. saya okey. dia tiada langsung  watak lelaki calon suami saya. saya mahukan seorang lelaki yang bertanggungjawab, berdikari dan berusaha untuk dapatkan saya supaya nanti dia menghargai saya, saya kecewa kerana tidak langsung mempertahankan dirinya . hanya semudah itu,

cukup, sakit tapi hanya seperti digigit semut. berbanding yang lain lebih parah. cukuplah dia hadiahkan puisi pelanginya dan dia datang dalam hidup saya juga umpama pelangi, seketika cuma. ini rupanya . dan tidak suka apa yang saya sedang rasa. saya cerita kepada kakngah dan hanya kali ini dia positif katanya ; kalau jodoh nanti bersatu jua. saya percaya allah merancang yang lebih baik buat kami. mungkin saya tidak kuat untuk dia dan mungkin dia tidak teguh untuk saya. sekian.

gantikan kami yang lebih baik ya allah amin. amin. amin

Ahad, 12 Mac 2017

menang dalam kalah

assalamualaikum.

dua minggu sudah berlalu. namun tahniah masih berlagu. syabas masih berdendang. wahai tuhan yang maha kaya, aku mohon lindungi aku bangga yang berpanjang. aku mohon jauhi aku dari ujub yang menggunung. aku mohon tundukkan aku dari gah yang menduga. dan rebahkan selesa yang menguji rasa.

KAU pemilik segala kudrat dan iradat
aku mohon berkatkan baktiku.
aku mohon besarkan jasa kecilku
aku mohon limpahkan rezeki
yang dengannya aku ingin memberi
menyumbang sedikit jasa

KAU yang maha kaya
rezekikan aku kuat bekerja
rezekikan aku sihat anggota
rezekikan si dia teman setia
rezekikan ilmu dunia amal di sana
rezekikan gembira berbahagia

KAU yang punya kuasa
sihahkan ayahanda
amankan bonda
hidayahkan kanda
istiqamahkan mereka

Rabu, 1 Mac 2017

ruang dan peluang

sambung lagi.

 saya tiada berita kemenangan saya sangka berita tersebut sampai ke pengetahuan banyak pihak. melalui rakan pemenang,  ia sampai kepada kepada pensyarah bakat kreatif, ya sewajarnya beliau tahu kerana hebahan tentang sayembara tersebut juga melalui beliau. syukur. pun ia sampat ke pengetahuan beberapa orang lain.

saya disapa "wah, tahniah.. ada orang naik pentas la esok. pakai baju baru la" ini yang bakal dikenang nanti, keterujaan saya juga ditempiaskan kepada rakan serumah. mereka teruja menyarankan pakaian saya itu dan ini. begitu dan begini. dari plan a berubah ke plan b.

pagi hari saya bersiap dan bergerak ke kampus lembah pantai. saya menumpang kereta pemenang lain. kami bertiga mewakili upm. hanya saya yang paling berusia sedikit. tapi di sini saya peroleh kawan baru yang saya bakal kongsi berita sayembara lain yang bakal mendatang.

sesampai di sana, saya diletakkan semeja bersama kenalan baru. berkenalan begini seronoknya kami sehaluan. sastera dan penulisan. pengalaman merasa debaran pengumuman keputusan kali ini lain gayanya. mungkin kerana persaingan semakin sengit. 400 penyertaan hanya 30 yang terpilih. nantinya juara dinobatkan.

saya hanya menyandang saguhati. saya kira berbaloi lah kerana ia percubaan pertama. saya puas hati kerana di sini banyak yang saya pelajari. belajar erti usaha dan redha. belajar membantu jaringan dan menyesuaikan diri dengan suasana dan orang baru. yang penting pengalaman paling manis dan amat bernilai apabila nama dan karya saya sudah termaktub dalam sebuah buku.

saya mahu mencuba lagi. anda bagaimana?