Jumaat, 24 Februari 2012

tirai baru 2012

1 ulasan:

  1. bismillah...
    salam pertemuan

    saya berada di upm untuk semester yang ke empat. natijah imtihan semester lalu boleh dikatakan memuaskan hati saya walaupun tidak dl.saya percaya allah memberi ganjaran yang setimpal dengan usaha saya...dan untuk semester ini azam saya supaya usaha saya lebih gigih dan natijah saya lebih baik dari yang lalu...

    halaman ini saya anggap sebagai diari hidup kerana saya percaya dengan yakin bahawa tidak ramai yang bertamu ke sini... dan jika ade yang singgah ke di laman ini itu adalah rezekinya... saya secara peribadi lebih yakin untuk meluah rasa hati ini di sini daripada berkongsi dengi sesiapa sahaja yang belum tentu boleh dipercayai. walaupun saya sedar laman ini tidak boleh memberi respon kepada saya jauh sekali meringan beban perasaan saya. bicara saya di sini mungkin terbaca oleh mungkin mengenali saya saya halalkan saja...

    tergerak hati saya untuk kembali ke taman sakura dan pesisir pantai ini apabila beberapa orang pensyarah bertanya "siapa yang ade blog?" dan ada pula seorang kakak (mungkin)meminta web blog saya ...

    saya sebenarnya punya pelbagai rasa dihamburkan di sini...ia mungkin kisah air mata duka atau mungkin kisah gurau senda dan gelak ketawa...

    sekian wassalam

    BalasPadam