Khamis, 14 Mei 2015

harga sebuah sarjana

belajar itu proses sepanjang hayat.  saya terkejut dek kerana disapa seorang wanita yang sudah ada master tetapi ingin mengambil master kedua. bila ditanya mengapa tak sambung phd lalu jawabnya tak mahu bergelar ahli akademik sepenuh masa.

ya memang seronok bila menggenggam sijil walau apa pun namanya. namun harga yang perlu dibayar untuk itu memang memeritkan. bukan sahaja wang ringgit tetapi apa sahaja. masa dan tenaga.  kudrat dan jihad sangat perlu, berjuang dengan malas. berperang dengan penat.

dunia kesarjanaan bukan sekadar buku dan tesis bahkan lebih dari itu. perlu melalui defend dan viva. dihentam herdik itu biasa. kitab dan komputer itu seharusnya menjadi sahabat, perpustakaan itu rumah kedua. berhempas pulas menyiapkan artikel, jurnal dan tesis. berebut waktu lapang untuk bertemu penyelia dan pensyarah yang memang sibuk. rasa tidak berbaloi untuk mencuri waktu emas mereka jika sekadar untuk bercakap sepatah dua.

terdatang tidak puas hati jika berpeluang bertemu tetapi hanya dilayan dengkur dan lenanya. ke mana perginya perhatian yang dituntut waktu mereka mengajar. tunjuklah teladan dan pasti mereka perolehi hormat. di asrama kawan-kawan ketidakprihatinan mereka menjadi umpat keji para pelajar. terkadang segan mahu mengetuk pintu pejabat mereka hanya kerana itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan