Jumaat, 24 Januari 2014

ombak ukhuwah

diari...
mungkin tiada sesiapa yang menjenguk halaman, oleh sebab itu itu saya tidak berat hati meluahkan isi hati di sini....  dek kerana tidak ramai yang tahu kewujudannya. dahalu saya menulis pada diari tahunan...tetapi ia tetap diceroboh oleh yang tidak jujur atau ia mungkin tidak kekal dek kerana dimusnahkan. tetapi kepada sesiapa yang masuk ke laman ini dan terbaca coretan saya, saya sudah mgnghalalkannya. saya sudah merelakan sejak awal saya memujudkan sudut kecil ini...

anda meluangkan sedikit waktu anda di sini, saya tidak mengharapkan ia sesuatu yang dibazirkan. malah ambillah yang baik menjadi teladan hidup anda dan yang buruk sebagai sempadan. pengajaran untuk diri anda. bahkan saya senang untuk menerima nasihat, teguran dan kritikan serta peringatan dari anda jika tidak keberatan

alkisah...
enam tahun dahulu saya mengenali dia (seorang perempuan yang tidak perlu disebut namanya). pada waktu itu kami tidak rapat hanya rakan sekelas. waktu itu sedang menuntut di sebuah kampus. saling menjenguk dan bertanya khabar, pernah menyiapkan beberapa tugasan bersama dalam satu kumpulan.

dari kampus itu, kami sama berpindah ke kampus lain. daripada rakan sekelas, kami menjadi rakan segeng. kami berenam. beberapa tahun kemudian geng kami berpecah atas sebab yang tidak perlu dihuraikan. tinggallah kami berdua dan mereka berempat. kami bersama ke mana sahaja. susah senang suka dan duka. sakit demam dijaga. ambil berat sentiasa. tidak pernah berpecah untuk tugasan kumpulan.

dipendekkan cerita,
satu hari dipendekkan cerita, dia mengajak saya menemaninya ke satu tempat. mungkin salah faham atau komunikasi yang silap, kami bergaduh. saya mengakui saya salah dan meminta maaf. tetapi pada masa yang sama dia juga silap. saya maafkan dia walaupun tidak diminta. dan kami tidak lagi berdua bersama. terpisah makin menjauh. jauh hati.

kami bermasam muka, dan lost contact. tiada lagi khabar. ramai sahabat yang prihatin datang bertanya tentang kami. peka dan bertindak. yang datang kepada saya, saya cuba untuk jujur dan akui silap diri. namun saya tidak tahu apa tindakan mereka di pihak dia. saya teringin untuk dengar apa silap saya di mata dia. sepanjang tempoh sengketa kami, beberapa kawan yang setia menjaga sakitnya datang kepada saya "dia sakit." sakit itu juga merentap diri. yang jauh pula bertanya "apa khabar dia?" serba salah dibuatnya. tidak tahu mahu kata apa.

saya cuba untuk menyapa bukan sekali dua, bahkan berkali-kali. bukan ketika berdua bahkan bersaksi. setiap kali menatap gambar bersama. atau menenang kisah lalu. ada doa untuknya. cukuplah di sini sebelum air mata merembes lagi...

sendiri untuk kendiri...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan