Sabtu, 25 Januari 2014

lukisan alam

bertemu kembali...
saya tenggelam timbul di alam maya ini.... sekali tenggelam berbulan2 tidak muncul. sekali timbul dua tiga isu dalam sehari terapung. selepas ukhuwah saya bersama seorang sahabat dilanda badai, saya  pulang ke desa kelahiran. tamat pengajian di kampus itu. pulang saya tidak menginap di rumah ayah bahkan menumpang di rumah kakak.

mengharapkan cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. mungkin silap saya yang over confident. jadi jika hajat tidak kesampaian saya jadi over frust. saya mohon kerja tapi saya maklum bukan mendapat tempat sekarang. saya mohon melanjutkan pengajian pun tidak kesampaian. jadi saya menganggur lebih setengah tahun. 

kakak mengesyorkan saya memulakan perniagaan. saya tidak berminat dan menjadi terus mendiamkan diri. saya mungkin menjadi beban di rumah ini. menghabiskan beras dan makan tidur sahaja. terdetik juga di hati untuk keluar berdikari tetapi memikirkan keadaan diri saya pekakkan saja. surat2 hutang pengajian yang tambah mengusutkan kepala.

keluar masuk premis dan kedai bertanyakan jawatan kosong membuktikan usaha saya. tetapi ada rasa tyang senang di hati saya. pandangan menjengkelkan pemilik premis membisikkan kata hati mereka pada hati saya. "boleh ke budak ni buat kerja?" mungkin begitu gerak hati mereka terhadap saya. saya keluar dengan langkah longlai bersama kecewa diri. 

ramai orang kata kelulusan saya layak menjadi guru. tetapi jika orang dewasa melontarkan pandangan menjengkelkan pada saya, apatah lagi anak-anak mentah yang belum sampai akalnya. sesekali menemui mereka di pasaraya atau di mana-mana, pasti kedengaran kata-sumbang terhadap mereka. "mama., kenapa kakak ni macam ni?" saya cuma senyum pahit. "kakak cacat ya?" >>> kalau anak buah sendiri tidak respek saya, bagaimana mungkin anak orang yang tidak sedarah sedaging mampu untuk respek saya. perkara biasa anak buah itu mengejek saya di hadapan saya sendiri dan adik sendiri begitu juga. lalu bagaimana saya harus berhadapan dengan ratusan anak dari pelbagai latar belakang. 

saya tidak minta lahir begini dan jadi begini. apatah lagi bernasib begini. saban hari saya ditanya. tak kerja lagi? kerja / kerja dan kerja. dari keluar kampus hingga sekarang , duit simpanan sudah habis. belanja itu dan ini? prepaid telefon. saya belum lagi minta duit daripada sesiapa buat masa ini. tapi jika ia berlaku saya tahu leteran dan bebelan bakal singgah di telinga. saya tidak putus dan jemu minta doa agar ada rezeki buat saya....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan