Sabtu, 25 Januari 2014

langkah bendul

salam...
macam best je tajuk ni kan? tapi entah la...memang tak salah sebab semua tu adat je. ini kisah saya. peribadinya...selepas tamat belajar, ramai juga kawan-kawan yang menamatkan zaman bujang mereka. dan ramai juga yang bertanya giliran saya untuk mengikut jejak mereka. lalu saya hanya mampu menjawab "doakan..." bukan mereka sahaja... bahkan saudara mara juga bertanya soalan yang sama...

jika kawan tidak mereka mendahulu saya walaupun mereka lebih muda dari saya. namun ada rasa mencuit  hati apabila mendengar khabar adik sendiri sedang hangat bercinta sedangkan masih di bangku sekolah. dan beberapa hari lalu sampai pula berita anak saudara dirisik dan bakal bertunang tidak lama lagi. kenduri nanti pasti ada yang bertanya "mak sunya bila lagi?"

namun tidak mengapa. bagi saya ada baiknya mendahulukan mereka yang punya calon atau hangat bercinta untuk mengelakkan maksiat. semoga bahagia milik mereka dan kita semua. milik saya juga. ada hikmahnya. saya tidak tahu bila giliran saya jika mereka ingin menunggu saya lepas dahulu. tidak baik membebankan atau menangguhkan yang baik.

peace





Tiada ulasan:

Catat Ulasan