Khamis, 30 Jun 2016

dugaan ramadhan

salam 26 ramadhan...

sedar tidak sedar kita sudah berada di penghujung ramadhan. ada orang tidak sabar untuk beraya, ada juga yang sedang menghitung hari untuk melangkah ke alam baru beberapa hari selepas raya nanti. pun begitu ada juga berduka menghantar ramadhan pulang dan sedang bermuhasabah amalan ramadhan tahun ni....

ramadhan bukan sahaja bulan menguji sabar kita menahan lapar dahaga... tetapi ramadhan ini juga kita dikunjungi pelbagai musibah untuk menguji iman... sedari beberapa hari sebelum ramadhan menjengah saya dikejutkan saudara kami yang baik sedang menghidap barah otak dan selepas menjalani pembedahan dia lebih parah.

pertengahan ramadhan, saya dikhabarkan oleh kak ngahh lewat perbualan telefon kami, bapa saudara kami dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman di tangannya sementelah dia penghidap kencing manis yang tegar....

suku ketiga ramadhan saya disampaikan tentang anak sepupu yang buta mata kanannya dan cedera tangannya akibat mercun yang tidak sempat dilemparkan... hah.. kali ini memang tidak terkata apa. mahu marah, tiada guna, perkara sudah jadi... mahu bersimpati, dia sendiri cari penyakit dan buang duit.

saban tahun ada saja berita begini namun anak muda tidak pernah serik... dahulu saya kata : padan muka, main la lagi... tetapi kali ini saya tidak terkata apa... saudara sendiri... daripada sihat walafiat kan sudah digelar oku... bila difikirkan masa depan anak remaja berusia 14 tahun,, aduh kesiannya... apatah lagi bila memikirkan ibunya bukan orang sedang dan sudah lama bergelar ibu tunggal itu...

saban tahun juga saya dengar bebelan ayah yang terganggu solat dan tidurnya dek kerana letupan mercun ketika jemaah sedang berterawih...kesian juga pada ibu dan bayi yang tidak dapat tidur kerana gangguan yang tidak tau hormat jiran


moga ada sinarnya...  raya tetap meriah tanpa mercun....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan