Khamis, 9 Jun 2016

bersatu tapi berpecah

assalamualaikum

hari ni lima ramadhan ... maknanya limakali kita berterawih... x kiralah di masjid, surau mahupun di rumah, yang lebih seronok berterawih ialah berjemaah di masjid atau surau sebab suasana lebih meriah... kalau di kampung saya, saya rasa lebih lagi meriahnya. sebab selawatnya diikuti oleh makmum dengan lantang (terutamanya anak-anak). berbeza dengan di sini selawat hanya dengar dari microfon imam dan bilal sahaja. makmum hanya mengikut perlahan.

sebelum memulakan solat, imam mengerahkan jemaah untuk mara ke depan dan merapatkan saf. namun tidak semua orang bergerak dan bertindak. ada mak cik yang mahukan dinding untuk bersandar dan ada kakak yang mahukan kipas, tidak mahu kepanasan. ada pula yang mahu dekat dgn pintu untu keluar masuk ke tandas dan perbaharui wuduk. saya sebenarnya tidak adakah itu semua keperluan mereka atau cuma keinginan.

lantas saf hadapan masih lagi kosong.. ada pula orang yang menghamparkan sejadah sendiri dan tidak mahu berganjak lagi... ada yang yang tahu menyuruh orang saja melangkah... sedangkan seorang kawan yang saya ajak untuk penuhkan kekosongan sebelah saya mengeleng. saya serba salah kerana yang mahu bergerak ke kiri, kanan pula kekosongan

saya sangat yakin pada hikmah berjemaah. perpaduan orang islam dan ketaatan kepada pemimpinan. bagaimana kita mahu bersatu dan berpadu sedang kita menjauh,, ketaatan kepada pemimpin yang saya maksudkan ialah saranan tuan imam supaya penuhkan saf dalam solat yang hanya tidak seberapa lamanya pun tidak mampu dipenuhi lalu bagaimana untuk kita patuh pada pimpinan dalam skop yang lebih luas...\

wallahu a`lam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan