Selasa, 19 April 2011

raikan sakura dan hadapilah tsunami

salam pertemuan

ketika kita senang, raikanlah ia... bersyukurlah kerana itu adalah nikmat kehidupan. bahagia yang datang jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja... hargailah kerana semua orang mengejarnya. tetapi harus diingatkan...jangan lupa dan jangan lupa daratan. hidup ibarat roda, bukan selalunya kita di atas.

dan apabila musibah melanda, sabarlah menghadapinya... apabila badai menduga tabahlah mengharunginya ... apabila ujian menjelma terimalah dengan hati terbuka ...apabila lautan tenang bergelora, semoga dapat berlapang dada...apabila susah bertamu tiba ingatlah ada hikmahnya... apabila masalah bertimpa-timpa ingatlah penyelesaian ada.

kita tidak sendiri... saat kawan melarikan diri DIA tidak pernah menjauhi, saat teman berlalu berlalu pergi DIA sentiasa di sisi...

wassalam

1 ulasan:

  1. salam..owh, bru la sy faham disebalik sakura dan tsunami kak yan..^_^ ya btol.. setiap masalah pasti ad penyelesaian..",

    ~kalu senang singgahlah http://ukhtinur90.blogspot.com/

    BalasPadam