Sabtu, 23 April 2011

sakura dan tsunami seorang pelajar

salam ukhuwah dan salam muhibbah

seorang penuntut ilmu pasti mengimpikan kejayaan, tidak kira di sekolah rendah, menengah, mahupun siswa dan siswi di pusat pengajian tinggi. tidak kira mendapat 5A. 8A atau 10A atau mungkin mendapat 4 flat, anugerah dekan atau pelajar terbaik setiap semester. kejayaan ini akan menjadi bunga yang mekar segar apabila mendapat pujian daripada kawan-kawan, hadiah daripada guru-guru, penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak sekolah dan seterusnya menjadi kebanggaan di kalangan ahli keluarga serta memberi kepuasaan di hati ibu bapa...

namun bukan mudah. kerana sememangnya sebuah kejayaan memerlukan semangat juang dan menuntut pengorbanan. mungkin ada yang mengorbankan mimpi indah di malam hari. ada juga menjadikan permainan kegemaran sebagai korban (ada juga yang mengqada, kembali apabila musim laut kesibukan berhenti bergelora nanti) . perjuangan seorang pelajar menempuhi ombak tugasan yang bertimbun dan juga melepasi badai perbentangan yang berderet. dan ketika hujan ujian dan ribut kiuz melanda terpaksa pula berhempas pulas dengan payung-payung nota dan berebut mencari perlindungan fakta... (termasuk juga taufan hafazan, tasmik dan syafawi segala...)

dan kemuncaknya adalah apabila musim gempa minggu ulangkaji dan bala peperiksaan apatah lagi apabila dilihat pada jadualnya yang boleh mendatangkan tsunami di dada. maka ketika inilah baru yang alpa sedar yang yang lena terjaga, waktu inilah seorang pelajar tidur diulit teori makan bersuap ilmi dan main menjadi nafsi-nafsi. waktu- waktu beginilah cafe menjadi sunyi dan bilik menjadi sepi tetapi perpustakaan pula dipenuhi... (wireles pun laju sekali)

tamat sahaja waktu darurat dan laungan merdeka kedengaran, maka bunga-bunga enjoy pun mekar... apatah lagi yang berada di taman semester akhir...saksikanlah musim bunga di pesta konvokesyen dan moga berbuah di kebun amal serta berhasil di dusun kerjaya

salam imtihan...semoga berjaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan