Khamis, 28 April 2011

nak buat apa nanti?

bertemu kembali kita selepas beberapa hari tidak bersua di laman ini

baru saja selesai bertarung di medan pagi tadi ada lagi beberapa hari untuk mempersiapkan diri untuk peperangan yang seterusnya. dan selepas itu boleh pulang melepaskan kerinduan pada ayahanda tercinta, wajah tenang bonda hikayat kakak-kakak, gelagat adik-adik, dan celoteh anak-anak buah yang menghiburkan dan memeningkan kepala (kadang-kadang memenatkan juga) serta kampung halaman yang sedang di kejar arus pembangunan.
tetapi cuti kali ini terlalu lama dirasakan kerana kuliah akan kembali bermula pada september. ya tempoh empat bulan itu memang membosankan bagi yang berkebun anggur. tetapi mahu berkerja...Di mana? kerja ape? menjadi jurujual tidak bergaji di laman sendiri atau menjadi penunggu rumah...pasti bosan kerana yang lain bersekolah di sebelah pagi. tidak mahu lagi menerima sindiran dan bebelan emak... jika aku berkerja nanti kesian pula ayah terpaksa menghantar dan menjemput aku selepas menghantar si bongsu ke sekolah dan bekejar pula ke tempat kerja.

tetapi jika seperti yang lepas-lepas, aku hanya menjadi pengikut setia drama-drama di tv (bil eletrik pun naik melambung) dan pengulit tegar novel-novel (berkurung di kamar) atau sesekali menjadi tetamu tak diundang di rumah kakak-kakak (menghabiskan saki baki makanan dan mendengar hikayat dan melayan karenah anak-anak mereka). namun mana hasilnya?

lalu apa patut aku buat? berkaryakah? sesekali teringin juga tapi...boleh ke? bagaimana nak mula? idea di dalam kotak minda (hasil daripada tabiat suka berangan-angan) ini rasanya sudah matang selepas bertahun melalui tempoh pengeraman. terfikir juga... ada ke syarikat yang nak terbitkan nanti... boleh ke tak aku buat... ayah setuju ke...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan