Jumaat, 21 Julai 2017

susah sungguh

Ini pula cerita anak buah saya. gadis yang tidak bersekolah dan membantu kakak saya yang berniaga. Bukan dia yang berniaga Cuma menghantar ibunya ke sana dan ke sini dengan motosikal peninggalan arwah ayahnya. Abang ipar saya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu meninggalkan empat anak yang masih bersekolah termasuk sepasang kembar.
Dari dulu hubungan kami anak beranak dengan keluarga ini tidak berapa baik. Ya lah, dengan sikap kak long dan anak-anak yang pantang ditegur. Mereka pasti melenting dan tidak bertegur sapa. Terutamanya kak ngah dan keluarganya yang tinggal bersebelah dgn rumah kak long. Ada saja kerenah anak beranak itu yang memeningkan kepala kami dan menyesakkan dada ayah.
Kemuncaknya dengan kak ngah adalah apabila kak ngah menjadi perantara untuk merisik anak kedua kak long. Maka kak long memutarbelit cerita begitu begini untuk menolak risikan itu. Dengan kuasa allah dan jodoh mereka kuat, mereka menikah juga. Daripada marah bertukar malu dengan kak ngah mungkin, mereka tidak bertegur sapa untuk berapa minggu atau bulan.
Kemuncaknya dengan ayah pula adalah apabila ayah membawa anak teruna untuk merisik anak buah saya yang satu itu. Saya yakin, ayah tidak akan membawa orang sebarangan untuk menikahi cucunya. Walaupun tidak berduit banyak atau bekerjaya hebat, saya yakin lelaki itu bukan main-main dan mampu menyara kerana menurut ayah, dia sedang membantu ayahnya yang juga berniaga di kedai makan.
Pada hari kejadian mereka dua beranak buat perangai. Si gadis keluar menghidang air tanpa bersiap, tanpa senyuman dan tanpa sepatah kata. Dan di dapur pula, kakak saya memarahi ayah sedangkan tetamu belum lagi beransur pulang. Menurut ma, kak long tanya kerja apa lelaki itu? Maka bidas ayah, nak orang kerja hebat anak kita hebatkah?
Tidak cukup dengan ayah, kak ngah  sekali lagi terima tempiasnya. Dek kerana kak ngah menyokong tindakan ayah dan memberi nasihat kepada kak long supaya menerima kunjungan itu dan keputusannya terserah kita mahu terima atau tolak. Maka kak long berhelah begitu dan begini. Tua, susah berniaga, anaknya muda lagi katanya. 
Dan kak long tidak mahu menerima hujah2 kak ngah yang saya kira ada benarnya. Biasalah kak long lebih tertutup dan pendek akal berbanding kak ngah yang open dan berilmu. Bidas kakngah, arwah suami kak long dulu pun tua juga tapi kahwin elok je. Point kakngah adalah jodoh tidak mengenal usia. Susah berniaga. Ya lah selama ini kak long sangat bergantung kepada anaknya satu itu. Bidas kak ngah kak long perlu berdikari. Yalah sampai bila harus dihalang fitrahnya anak. Bidas kak ngah lagi, umur gadis itu sekarang sedang laku keras bagi anak dara yang tidak ke mana. Mengapa harus ditunggu pertengahan 20an sedangkan usia itu hanya untuk graduan university sahaja.
Cadangan ayah adalah apabila sudah berkahwin nanti biarkan lelaki itu tinggal dan di rumah kak long supaya dapat membantu juga kak long.  Cadangan ini saya juga tidak bersetuju kerana tempat isteri adalah disisi suaminya dan saya kuat berpegang pada sebuah rumah perlu seorang sahaja suri. Di rumah kak long saya tidak bersetuju menantu lelaki tinggal bersama. Kerana ada anak gadis yang lain dan seorang janda yang saya tahu mereka serta aurat muamalatnya bagaimana. Dan yang paling membimbangkan saya ialah kak long tidak lagi mahu berniaga kerana fikirnya ada lelaki yang menyara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan