Rabu, 18 Mei 2016

dakwah kecil

assalamualaikum...

berada di marhalah ini sangat menduga saya... ilmu saya tidak sedalam mana namun  kali ini antara mereka hanya saya yang digelar tahu agama atau dinilai pada labuhnya tudung... saya banyak menjadi tempat bertanya soalan agama. atau  rujukan hukum hakam.... di awal perkenalan saya disoal tentang isu solat jamak dan qasar... kami juga banyak bersembang tentang isu semasa yang berkaitan aurat, perceraian dan mas kahwin,,, dari sudut pandang akademik, intelek dan sarjana,,,

ada satu hari tu, seorang kakak ni membawa sehelai kertas dan sebatang pen lalu bertanya "yan, apa maksud islam is the way of life?" dan beberapa lagi soalan lain. saya menjawab seadanya yang termampu. saya bertanya untuk apa soalan2 itu. katanya soalan saringan untuk melayakkan diri dipanggil temuduga di salah satu institusi pengajian islam.

beberapa hari kemudian dikhabarkan dia lulus ujian itu dan dipanggil temuduga. seorang kawan kami bercerita kenalannya telah melalui temuduga di institusi yang sama..menurutnya kena baca surah yang dihafal...reaksi kakak tu terkejut dan saya pula menambah..."akak kalau nak kuat, hafal la hadis sepatah dua". ... "hadis tu apa yan?" tanyanya...giliran saya pula terkejut....

saya kelu. bisu. pelbagai rasa mengatasi reaksi. saya pun tidak tahu apa yang saya rasa sebenarnya. kecewa. marah. geram. sedih,, semua ada...sehingga saya tidak mampu menjawab soalan itu, dan saya biarkan ia dijawab oleh orang lain yang turut serta dalam perbualan kami. saya kecewa kerana orang muslim tidak tahu apa2 tentang sumber agama itu, saya marah kerana seorang intelek yang boleh tahu banyak perkara lain tetapi tidak tahu seperkara itu. saya geram kerana dia seorang ibu dan mahu membentuk anak generasi akan datang dan ke mana suaminya yang membiarkan isterinya begitu. saya sedih kerana dia kawan saya.

namun peristiwa ini menjadi cermin saya untuk saya. saya harus lebih belajar demi dakwah ini. saya harus menyampaikan dakwah walau dalam sekecil2 perkara. saya yang harus mulakan dakwah walau dengan sehalus2 cara. saya mahu mulakannya walau hanya dakwah bilhal. ampunkan kami wahai tuhan andai hanya mampu membenci mungkar dalam hati sedangkan kami tahu itulah selemah2 iman,. maafkan kami wahai rasul andai kami alpa tentang sunnah...andai kami lupa berselawat sedangkan kami tetap menghrarap syafaat,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan