Rabu, 18 Mei 2016

positifkan diri

assalamualaikum dan salam positif

tengok pada tajuk entri kali ini, mcm tajuk motivasi tapi saya nak bercerita tentang sikap kita yang kadang2 suka merungut. kita adakalanya terlepas pandang dengan apa yang keluar dari mulut kita tapi cermin kita adalah orang yang mendengar..

kisah semalam, saya kepenatan pulang dari fakulti... sata duduk berehat di sofa rumah sewa maka masuklah dua orang kawan bersama beg plastiknya.. maka mulalah kedengaran ayat "mahalnya barang ni,,," ayat itu lah diulang berkali-kali... sehari sebelum itu, saya yang menemaninya ke kedai itu.. dalam kedai itu sudah kedengaran rungutan "mahalnya barang kat sini..." tetapi dalam pada itu dia tetap juga mengambil barangan satu demi satu... tengok itu mahal... ambik ini mahal... tapi penuh juga seraga...

apa guna merungut sedangkan rungutan itu tidak merubah apa-apa. ia tidak menurunkan harga barangan itu dan tidak membatalkan hasrat kita untuk membeli. bimbang kita terbiasa merungut setiap hari dan hingga kita tidak sedar ia sebati dalam diri kita... kerana kata-kata menjadi doa dan ia benar terjadi pula

cuba bayangkan seorang pelajar merungut. "susahnya..." seorang pekerja pula merungut "penatnya.." seorang ibu mendukung anak kecilnya merungut. "beratlah adik ni...".. anak itu faham kata-kata ibunya dan anak merasakan tiada keikhlasan lalu mula menjauhkan diri... seorang suri rumah merungut keletihan menjalankan rutin hariannya.. dan akhirnya kita tidak mendapat apa-apa...

apa yang terbaik ialah berdiam diri dan bertindaklah dalam diamnya kita... bukan bercakap lebih banyak dari kita bertindak .... jaga mulut kita dan jaga telinga orang sekeliling kita,,, nasihat untuk diri








Tiada ulasan:

Catat Ulasan