Rabu, 18 Mei 2016

dakwah kecil bahagian 2

assalamualaikum

saya berada  di sini selama beberapa tahun namun ada sesuatu yang menarik saya perasan sepanjang tempoh itu. di sini kami bercampur pelbagai bangsa, negara dan agama... di meja hadapan ada beberapa orang cina selalu di situ...satu hari azan zohor berkemundang dari corong telefon milik salah seorang daripada kami. ketika azan itu kedengaran kebetulan mata saya tertumpu kepada seorang lelaki cina

yang menariknya lelaki tersebut menoleh ke arah kami. lama dia memandang dan lama juga saya perhatikan dia. saya tidak tahu mentafsirkan pandangannya itu. saya tidak tahu pandangan itu dengan rasa apa. suka atau marah. saya tidak tahu azan itu pada sudut pandangnya bagaimana. menarik atau membingitkan. tetapi saya bersangka baik dan mengharap yang baik. saya andaikan dia suka dan tertarik dengan alunan tersebut..

lalu saya mula sedar.. saya sedar setiap tingkah orang islam di ruang ini menjadi perhatian. setiap tutur orang islam sampai ke pendengaran mereka. jika begitu kita haru berkelakuan baik supaya menjadi contoh bagi mereka... supaya setiap tingkah dan kata kita menjadi dakwah walau tidak besar... dakwah bilhal... hanya itu yang kita mampu

maka solatlah di awal waktu dan jagalah susun atur bilik ini... kerana inilah imej islam pada pandangan mereka... memang diakui semua orang bahawa suasana yang selesa dan sekitar yang bersih menjamin produktiviti kerja,,, dan islam pula mengajar kita tentang kebersihan sebahagian daripada iman serta allah itu maha cantik dan sukakan yang cantik...

saya cuba sedaya mampu untuk menjalankan tugas membersihkan bilik ini mengikut jadual yang tersedia sedangkan orang ;lain tidak mengendahkannya... bahkan ada yang memperli pula jika kami menjadi tukang sapu di ruang ini... kalau tidak dibersihkan semua kawasan bilik tetapi jika semua orang menjaga ruang masing-masing ia tidaklah seperti tidak dibersihkan langsung.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan