Rabu, 18 Mei 2016

jiran

assalamualaikum..

tajuk entri ni macam baik tapi sebenarnya saya menulis dengan rasa yang bercampur. marah, geram, bengkek je... bilik seri setia...inilah ruang yang dihuni 5 hari seminggu... mengadap laptop, tesis dan timbunan buku...namun banyaknya mengelat ke fb, novel dan phone... ruang ini kami kongsi ramai melayu cina india...malaysian dan mat saleh dan minah arab..negro pun ada....kalang kala ruang ini sepi dan ada tika bertukar bingit seperti pasar... sesekali ruang ini diterjah masuk oleh pensyarah yang mencari pelajarnya...

ini kisah hari ni.. hari ini emosi saya berkecamuk dek kerana seorang kakak berjubah dan bertudung labuh... dia datang dan duduk betul di hadapan saya (biasanya dia bersama kawan2nya menarik meja bulat ke arah meja saya) kerana hanya di sini ada plag yang ingin digunanya untuk menghidupkan komputer ribanya, dan plug itu adalah milik peribadi saya dan tidak siapa minta izin untuk gunanya...
dan tidak kisah soal plug itu itu tetapi kisahnya sekarang ialah sikap mereka

minggu lalu mereka duduk di sebelah meja dan membingitkan telinga saya dengan perbincangan mereka yang bergegar2... dan hari ini kakak bercermin mata ini menyanyi kecil dan bersuil sepanjang berada tepat di hadapan saya...  namun dia tetap juga tidak faham jelingan tajam dan keluhan saya... mahu ditegur langsung... ya lah dia lebih kakak dari saya dan bimbang dia dimalukan kerana masih ramai kawan 2 yang sebaris di meja ni... apa yang saya ingin tekankan di sini ialah adab berjiran walaupun hanya jiran meja atau jiran office...saya tak kisah kalau itu berbualan yang penting tetapi banyaknya ialah bercakap dengan diri sendiri dan membaca dengan suara...

pun memang betul ruang ini sangat menguji sabar... menduga tebalnya iman....









Tiada ulasan:

Catat Ulasan